Portal:Politik/Pengenalan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda...'
 
26 Ramadan (bincang | sumb.)
Kemas kini bahagian portal
Baris 1:
[[Fail:A coloured voting box.svg|150px|right|link=|alt=Kertas undi bertanda X yang dimasukkan ke dalam kotak undian]]
[[Malaysia]] mengamalkan sistem [[parlimen|demokrasi berparlimen]] di bawah pentadbiran [[raja berperlembagaan]]. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda [[Yang di-Pertuan Agong]] yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
'''Politik''' atau '''siasah''' merupakan set kegiatan yang dikaitkan dengan membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan atau leompok, atau bentuk-bentuk hubungan kuasa yang lain di antara individu seperti pembahagian [[sumber]] atau status. Cabang sains sosial yang mengkaji politik dan [[pemerintahan|kerajaan/pemerintahan]] dirujuk sebagai [[sains politik]] (sains siasah). Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan/pemerintahan, tingkah laku politik boleh didapati di dalam sektor korporat, akademik, agama, dan institusi-institusi lain. ('''[[Politik|Rencana penuh...]]''')
 
Sistem ini adalah berdasarkan [[sistem Westminster]] kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh [[Kabinet Malaysia|kabinet]] yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, [[Perdana Menteri]] mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat [[Yang di-Pertuan Agong]], memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
 
[[Fail:MalaysianParliament.jpg|thumb|220px|left|Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur]]
Malaysia mengamal sistem parlimen [[dwidewan]]: [[Dewan Rakyat]] dan [[Dewan Negara]]. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
 
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu [[pilihan raya]] yang baru akan diadakan.
 
Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah [[Perlembagaan Malaysia]] dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang [[syariah]] yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama [[Islam]] dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.
 
:::::::'''<center>[[Politik Malaysia|Lebih lanjut mengenai Politik Malaysia...]]</center>'''