Skala Richter: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
InternetArchiveBot (bincang | sumb.)
Rescuing 1 sources and tagging 0 as dead.) #IABot (v2.0.8
 
Baris 10:
Pada tahun 1935, Richter dengan bantuan [[Beno Gutenberg]] telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan pada mulanya bertujuan digunakan di [[California]] sahaja. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan matematik untuk membezakan sesuatu kekuatan [[gempa bumi]] dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitud) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.
 
Richter memilih secara sembarangan peristiwa bermagnitud 0 ialah gempa bumi yang menunjukkan [[sesaran]] mendatar tergabung maksimum sebanyak 1&nbsp;µm pada seismogram yang direkod menggunakan seismograf kilasan Wood-Anderson {{convert|100|km|mi|abbr=on}} dari [[pusat gempa]]. Gempa bumi terkecil yang boleh direkodkan dan dikenal pasti ketika itu ialah sekitar magnitud 3. Sebagai bandingan, gempa dengan kekuatan 2.0 atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya tidak dapat dikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi sederhana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat.<ref name=USGS/>
 
Gempa bumi besar seperti yang terjadi di [[Alaska]] tahun 1964 diukur memiliki magnitud 8.0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.<ref name=USGS/>