Permaidani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Membatalkan semakan 4734092 oleh Arrekasnothing20 (Perbincangan) - pemusnahan kandungan yang sia-sia ni tidak dimaafkan
 
Baris 1:
'''Permaidani''' ({{small|disebut}} [pĕr.mai.da.ni], {{Jawi|ڤرمايداني}}; juga '''permadani''') atau '''karpet''' ({{small|disebut}} [kar.pét]) ialah sejenis [[Alas lantai|alas]] [[lantai]] [[tekstil]] terdiri daripada lapisan atas [[Ambal|berambal]] pintal yang diikat pada hamparan tertentu sebagai sokongan. Ambal ini lazim diperbuat secara tradisinya daripada [[bulu haiwan]] seperti [[Wul|bulu bebiri]], namun gentian-gentian sintetik seperti [[polipropilena]], [[nilon]] atau [[poliester]] semakin biasa dipakai ganti sejak abad ke-20 atas kos yang lebih murah. Hamparan ambal begini dapat diwarnakan serta dianyam dalam pelbagai corak mengikut citarasa pembeli.
Lihat [[After After Tu]] di Karpet
 
Permaidani dihasilkan untuk banyak tujuan sama ada untuk menebat haba atau melembutkan permukaan lantai lalu selesa dipijak, menyerap [[Bunyi|bunyi-bunyian]] [[akustik|persekitaran]] dalam rumah agar tidak mengganggu sesiapa yang berada di luar lingkungan ini, mahupun untuk tujuan menghiasi bilik semata-mata.
 
==Etimologi==
Kata ''permaidani'' atau ''permadani'' meminjam dari kata [[bahasa Malayalam]] {{Lang|ml|പരവതാനി}} ''paravadāni'' mellalui kata [[bahasa Kawi]] ''paramadani'' (bentuk moden: {{Lang|jv|ꦥꦿꦁ​​ꦮ꧀ꦢꦤꦶ}} ''prangwedani'').<ref name="Hoogervorst">{{Cite journal|last=Hoogervorst|first=Tom|year=2015|title=Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia|url=http://journals.openedition.org/archipel/490|journal=Archipel|volume=89|pages=63-93|doi=10.4000/archipel.490}}</ref>{{Rp|77}}
 
Kata ''karpet'' meminjam dari kata bahasa Inggeris ''carpet'' yang menyerap dari kata bahasa Perancis lama ''carpite''. Kata tersebut datang dari perkataan Romawi ''carpita'' sama ada diturunkan dari bahasa Latin Pertengahan ''carpere''<ref name="etymonline1">{{cite web|url=https://www.etymonline.com/search?q=carpet|title=carpet - Search Online Etymology Dictionary|website=www.etymonline.com}}</ref> atau ''carpire'' dari bahasa Itali lama<ref>{{cite web|url=http://www.thefreedictionary.com/carpet |title=Definition of carpet|publisher=Thefreedictionary.com |access-date=2013-10-04}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.merriam-webster.com/dictionary/carpet |title=Carpet - Definition |publisher=Merriam-webster.com |date=2012-08-31 |access-date=2013-10-04}}</ref> bermaksud "mencabut" lalu terlanjut bermaksud "kain [[Wul|bulu bebiri]] tebal" yang dihasilkan dengan pencabutan bulu begini; ungkapan ini beralih makna bererti khusus kepada alas lantai pada abad ke-15.<ref name="etymonline1" />
 
==Jenis==