Pengguna:Fandi89/Kotak pasir: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, [[Fauziah Ahmad Daud]] dalam filem ''[[Azura (filem 1984)|Azura]]'' keluaran [[Sabah Film Productions|Sabah Film]] pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem itu telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem Melayu pertama mendapat kutipan tertinggi ialah filem ''[[Adik Manja]]'' sebanyak RM 3.5 juta.
 
Di tengah-tengah isunya sedang hangat diperkatakan, beliau muncul dengan album seterusnya iaitu ''[[Mati Hidup Semula]]'' setelah menyertai semula WEA. Kelahiran album ini berjaya meletakkan nama Jamal sebagai penyanyi paling popular di Malaysia. Album tersebut memperlihatkan kematangan suara Jamal dan banyak terdapat perbezaan dari segi susunan muzik dan penyampaian. Pembaharuan ini telah diselaraskan oleh penerbit [[S. Atan]] dengan bantuan penerbitan oleh Manan Ngah dan pencipta-pencipta yang terlibat dalam pembikinan album ini iaitu Kesuma Booty, [[Adnan Abu Hassan]], [[S. Sahlan]], [[Fauzi Marzuki]] dan Azmi Hamzah. Jamal juga buat pertama kalinya telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu yang dijadikan judul album ini iaitu ''Mati Hidup Semula''. Jamal menegaskan beliau mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut semasa menghadapi masalah di Sarawak.<ref>https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19860706-1.2.22.3</ref> Ketika ini juga Jamal mendirikan rumahtangga bersama usahawan Basariah Latiff.
 
Ramai peminat Jamal yang mahukan beliau menyanyikan kembali lagu-lagu ciptaan Ahmad Nawab. Untuk tidak menghampakan peminat-peminat beliau, sekali lagi Ahmad Nawab diberi penghormatan menerbitkan album Jamal yang kelapan berjudul ''[[Sepi Seorang Perindu]]''. Setahun kemudian, ''[[Seniman Menangis]]'' diterbitkan hasil sentuhan komposer yang sama. Ternyata bakat semulajadi Jamal terserlah kerana beliau ialah seorang penyanyi serba boleh yang mampu menyampaikan lagu ciptaan sesiapa saja selagi bersesuaian dengan suara beliau.