Amanita muscaria

spesies kulat

Amanita muscaria, lebih dikenal sebagai agarik lalat atau amanita lalat ialah basidiomiset genus Amanita. Ia juga merupakan cendawan musimol. Asli di seluruh daerah beriklim sederhana dan boreal di Hemisfera Utara, Amanita muscaria telah diperkenalkan secara tidak sengaja ke banyak negara di Hemisfera Selatan, umumnya sebagai simbion dengan ladang pain dan birch, dan kini merupakan spesies kosmopolitan sejati. Ia bersekutu dengan banyak pokok daun luruh dan konifer.

Amanita muscaria
Menunjukkan tiga peringkat ketika cendawan matang
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Fungus
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Agarikomiset
Order: Agaricales
Keluarga: Amanitaceae
Genus: Amanita
Spesies:
A. muscaria
Nama binomial
Amanita muscaria
(L.) Lam. (1783)
Subspecies and varieties
'Amanita muscaria'
Ciri-ciri mikologi:
 
Himenium berinsang
 
Pileus berbentuk datar
 
Gegelang dan volva pada tangkai
 
Cetakan spora berwarna putih
 
Ekologi: Mikoriza

Boleh dikatakan spesies cendawan busut paling ikonik, agarik lalat adalah cendawan berinsang dan bertompok putih, yang biasanya berwarna merah, dan merupakan salah satu yang paling dikenali dan banyak ditemui dalam budaya popular.

Walaupun dikelaskan beracun, laporan kematian manusia akibat pengambilannya amat jarang berlaku. Selepas separa perebusan yang melemahkan ketoksikannya dan memecahkan bahan psikoaktif; Ia dimakan di belahan Eropah, Asia dan Amerika Utara. Amanita muscaria terkenal dengan sifat halusinogen, dengan unsur-unsur psikoaktif utamanya sebatian asid ibotenik dan musimol. Cendawan ini digunakan sebagai minuman keras dan enteogen oleh orang-orang Siberia, dan mempunyai kepentingan agama dalam budaya ini. Terdapat banyak spekulasi tentang penggunaan tradisional cendawan ini sebagai bahan mabuk di tempat lain seperti Timur Tengah, Eurasia, Amerika Utara, dan Scandinavia.

Rujukan sunting

  1. ^ Tulloss RE; Yang Z-L (2012). "Amanita muscaria Singer". Studies in the Genus Amanita Pers. (Agaricales, Fungi). Dicapai pada 2019-05-06.
  2. ^ a b "Infraspecific taxa of muscaria". amanitaceae.org.
  3. ^ Tulloss RE; Yang Z-L (2012). "Amanita muscaria subsp. flavivolvata Singer". Studies in the Genus Amanita Pers. (Agaricales, Fungi). Dicapai pada 2013-02-21.
  4. ^ Tulloss RE; Yang Z-L (2012). "Amanita muscaria var. guessowii Veselý". Studies in the Genus Amanita Pers. (Agaricales, Fungi). Dicapai pada 2013-02-21.

Karya dipetik sunting

  • Allegro, John (2009). The sacred mushroom and the cross (ed. 40th anniversary). Crestline, CA: Gnostic Media. ISBN 978-0-9825562-7-6.
  • Arora, David (1986). Mushrooms demystified: a comprehensive guide to the fleshy fungi (ed. 2nd). Berkeley: Ten Speed Press. ISBN 0-89815-169-4.
  • Benjamin, Denis R. (1995). Mushrooms: poisons and panaceas—a handbook for naturalists, mycologists and physicians. New York: WH Freeman and Company. ISBN 0-7167-2600-9.
  • Letcher, Andy (2006). Shroom: A Cultural history of the magic mushroom. London: Faber and Faber. ISBN 0-571-22770-8.
  • Ramsbottom, J. (1953). Mushrooms & Toadstools. Collins. ISBN 1-870630-09-2.
  • Furst, Peter T. (1976). Hallucinogens and Culture. Chandler & Sharp. m/s. 98–106. ISBN 0-88316-517-1.

Pautan luar sunting