Independence Day: Resurgence

Independence Day: Resurgence ialah sebuah filem sains fiksyen bencana Amerika Syarikat tahun 2016 diarahkan oleh Roland Emmerich, ditulis oleh Emmerich, Dean Devlin dan Carter Blanchard. Ia merupakan sekuel kepada filem tahun 1996, Independence Day. Filem ini dibintangi oleh Jeff Goldblum, Bill Pullman, Judd Hirsch, Vivica A. Fox dan Brent Spiner menyambung watak asal mereka bersama pendatang baru Liam Hemsworth, Jessie Usher, Maika Monroe, Sela Ward, Charlotte Gainsbourg, Joey King, Angelababy dan William Fichtner. Filem ini ditayangkan pada 24 Jun 2016. Penggambaran bermula pada 20 April 2015 dan berakhir pada 22 Ogos2015.

Independence Day: Resurgence
PengarahRoland Emmerich
Lakon layar
  • Carter Blanchard
  • Roland Emmerich
  • Dean Devlin
BerdasarkanKarakter oleh
Roland Emmerich
Dean Devlin
Dihasilkan oleh
  • Dean Devlin
  • Roland Emmerich
  • Harald Kloser
Dibintangi
SinematografiMarkus Förderer
Disunting olehAdam Wolfe
Muzik olehHarald Kloser
Thomas Wander[1]
Syarikat
penerbitan
Centropolis Entertainment
TSG Entertainment
Electric Entertainment
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 24 Jun 2016
    (Amerika Syarikat)
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$200 juta[2]

Plot sunting

Dua puluh tahun selepas acara filem pertama, komuniti antarabangsa pulih dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menubuhkan Pertahanan Angkasa Bumi (ESD), sebuah program pertahanan global yang berfungsi sebagai sistem amaran awal kepada Bumi dan kuasa pertahanan utama menggunakan teknologi daripada bangkai makhluk asing. Beberapa angkatan tentera juga ditempatkan di Bulan. Walau bagaimanapun, makhluk asing berjaya menghantar isyarat kecemasan kepada kepada batalion mereka yang lain sebelum kekalahan terakhir mereka manakala yang lain bersembunyi di seluruh dunia.[3] Makhluk asing di angkasa menerima isyarat tersebut dan menghantar armada pertempuran yang lebih besar sekaligus mengancam umat manusia sekali lagi.[4]

Pelakon sunting

Chin Han melakonkan watak ketua Skuadron Angkasa China.[5] DeObia Oparei, Gbenga Akinnagbe, Travis Tope, Samantha Logan dan Mckenna Grace melakonkan watak Dikembe, Ejen Travis, Charlie, Anissa dan Daisy. Karl Stefanovic membuat penampilan kameo sebagai seorang wartawan televisyen Australia.

Produksi sunting

Kemungkinan untuk sebuah sekuel kepada Independence Day telah lama dibincangkan.[6] Penerbit dan penulis filem ini, Dean Devlin pernah berkata bahawa reaksi dunia terhadap Serangan 11 September mempengaruhi beliau untuk mempertimbangkan secara serius membuat sekuel untuk filem ini.[7][8] Devlin mula menulis garis besar untuk skrip dengan Emmerich,[9] tetapi pada bulan Mei tahun 2004, Emmerich berkata dia dan Devlin telah mencuba mencari jalan untuk menyambung cerita ini tetapi gagal dan mereka melupakan idea tersebut.[10] Pada bulan Oktober tahun 2009, Emmerich berkata dia sekali lagi merancang untuk sebuah filem sekuel,[11] dan telah mempertimbangkan idea membuat dua sekuel untuk membentuk satu trilogi.[12] Pada 24 Jun 2011, Devlin mengesahkan bahawa dia dan Emmerich telah menjumpai idea untuk filem sekuel dengan kedua-dua Emmerich dan Devlin mempunyai keinginan untuk Will Smith kembali untuk filem sekuel.[13] Pada bulan Oktober tahun 2011, perbincangan untuk Smith kembali dihentikan kerana keenganan Fox untuk menyediakan gaji $50 juta yang diminta Smith untuk dua filem sekuel. Emmerich, walau bagaimanapun, membuat jaminan bahawa filem-filem ini akan difilemkan secara berterusan sama ada Smith terlibat atau tidak.[14] Pada bulan Julai tahun 2012, Devlin mengulangi bahawa sekuel Independence Day masih berada dalam pembangunan dan skrip mengambil tempat pada tahun 2012, 16 tahun selepas acara filem asal.[15]

Pada bulan Mac tahun 2013, Emmerich menyatakan bahawa tajuk filem baru akan menjadi ID Forever Part I dan ID Forever Part II.[16] Filem ini akan mengambil tempat dua puluh tahun selepas acara asal. Bill Pullman telah mengesahkan penyertaannya tetapi Will Smith tidak. Pada bulan Mei tahun 2013, Roland Emmerich dan Dean Devlin menyebut bahawa lubag cacing akan digunakan dalam plot ID Forever dan menambah bahawa mereka mahukan Jeff Goldblum untuk menyambung wataknya dari filem asal.[17] Pada bulan Jun 2013, Emmerich mengesahkan kepada Daily News bahawa Will Smith tidak akan kembali kerana dia terlalu mahal.[18] Kemudiannya pada bulan Jun, ia disahkan bahawa Goldblum dan Pullman akan kembali dalam filem sekuel dan seorang karakter gay akan ditampilkan.[19][20] Pada 26 September 2013, Michael B. Jordan telah dikatakan dipertimbangkan untuk satu peranan dalam filem ini.[21] Pada 29 Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa skrip untuk sekuel pertama ditulis oleh Emmerich dan Devlin akan ditulis semula oleh Carter Blanchard.[22] Pada 26 November 2014, Deadline mengesahkan bahawa Fox telah memberi lampu hijau untuk filem ini dan mereka sedang berbincang dengan Emmerich untuk mengarah manakala pemilihan pelakon dilaporkan akan bermula selepas pengesahan Emmerich.[23] Tajuk penuh, Independence Day: Resurgence didedahkan pada 22 Jun 2015.[24]

Pemilihan pelakon sunting

Pada 27 Januari 2015, pemilihan pelakon bermula dengan Fox menawarkan watak utama kepada Liam Hemsworth.[25] Charlotte Gainsbourg berada dalam perbincangan untuk menyertai barisan pelakon, didedahkan oleh THR pada 20 Mac 2015.[26] Pendatang baru, Travis Tope telah ditetapkan pada 25 Mac 2015 untuk menyambung watak Charlie.[27] Pada 3 Mac 2015, Emmerich mengesahkan melalui Twitter tentang perkembalian Vivica A. Fox untuk melakonkan wataknya dalam filem sebelum ini, Jasmine Dubrow.[28][29] Pada hari yang sama, Jessie Usher telah ditambah ke barisan pelakon untuk melakonkan watak anak tiri karakter Smith.[30] Jeff Goldblum dan Bill Pullman juga dijadual untuk menyambung watak asal mereka daripada filem sebelumnya.[31] Maika Monroe menandatangani untuk membintangi filem ini pada 27 April 2015.[32] Pemilihan Sela Ward sebagai Presiden baru Amerika Syarikat telah disahkan pada 4 Mei 2015.[33] Pada 13 Mei 2015, Mckenna Grace juga menyertai filem ini sebagai Daisy.[34] Pada 19 Mei 2015, Patrick St. Esprit telah dipilih untuk watak Setiausaha Pertahanan, Tanner.[35] Pada 29 Mei, 2015, William Fichtner telah dipilih untuk watak Jeneral.[36] Pemilihan Angelababy telah diumumkan melalui Twitter oleh Emmerich pada 3 Jun 2015.[37]

Penggambaran sunting

Pada bulan November 2014, produksi dijadual bermula pada bulan Mei tahun 2015.[23] Penggambaran dijadual bermula pada 5 Mei2015 di Albuquerque, New Mexico.[38] Menurut King dan Devlin, penggambaran bermula pada 20 April 2015.[39][40] Penggambaran selesai pada 22 Ogos 2015.[41] Penggambaran babak tambahan mengambil tempat pada awal tahun 2016 di Los Angeles. Beberapa babak juga difilemkan di London dan di Burj Khalifa, Dubai serta Marina Bay Sands, Singapura.[42]

Tayangan sunting

Filem ini pada asalnya dijadual ditayangkan pada 3 Julai 2015.[43] Pada 12 November 2013, ia telah diumumkan bahawa tarikh tayangan telah dijadualkan semula untuk tayangan bulan Julai 2016.[44] Pada 14 Oktober 2014, Fox menukar tarikh tayangan kepada 24 Jun 2016.[45]

Pemasaran sunting

Titan Comics mengumumkan prekuel buku komik yang akan mengambil tempat di antara filem pertama dan kedua.[46] Pada 13 Disember 2015, trailer pertama dikeluarkan oleh 20th Century Fox.[47]

Rujukan sunting

  1. ^ "Harald Kloser & Thomas Wander to Score 'Independence Day: Resurgence'". Film Music Reporter. Ogos 17, 2015. Dicapai pada Ogos 17, 2015.
  2. ^ "Independence Day 2". The Numbers.
  3. ^ "Independence Day: Resurgence". War of 1996. Dicapai pada December 25, 2015.
  4. ^ "Independence Day 2 Synopsis Revealed". Collider.
  5. ^ Patrick Frater (Jun 2, 2015). "Chin Han Joins 'Independence Day 2′ EXCLUSIVE". variety.com. Dicapai pada Jun 2, 2015.
  6. ^ "ID4 II Is In The Works". Syfy. Mei 6, 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-25. Dicapai pada 2021-08-23.
  7. ^ Smith, Christopher Allan (Jun 13, 2002). "Saturn Exclusive: Dean Devlin on Independence Day 2". Mania Movies. Dicapai pada Jun 26, 2013.
  8. ^ P., Ken (Julai 16, 2002). "An Interview with Dean Devlin". IGN. Dicapai pada Jun 26, 2013.
  9. ^ "ID4 II Script In Works". Syfy. Mei 1, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-25. Dicapai pada 2021-08-23.
  10. ^ "Emmerich Nixes ID4 Sequel". Sci-Fi Wire. Mei 6, 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-25. Dicapai pada 2021-08-23.
  11. ^ Parfitt, Orlando (October 13, 2009). "Independence Day 2 News". IGN. Dicapai pada Oktober 13, 2009.
  12. ^ "ID4 2...ID4 3...so says Emmerich". Movie Tome. November 12, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-14. Dicapai pada November 13, 2009.
  13. ^ "Exclusive: Producer Dean Devlin Talks INDEPENDENCE DAY Sequels, STARGATE Movie Sequels, GODZILLA and More at the Saturn Awards". Collider.com. Jun 24, 2011. Dicapai pada Jun 26, 2011.
  14. ^ "Independence Day 2 and 3 Could Happen Without Will Smith". MovieWeb. Oktober 27, 2011. Dicapai pada Mei 29, 2012.
  15. ^ "More comments from Devlin on hopes for Stargate sequel". Gateworld. Julai 28, 2012. Dicapai pada August 14, 2012.
  16. ^ "Roland Emmerich spills 'Independence Day' sequel details". Entertainment Weekly. Mac 26, 2013. Dicapai pada Mac 26, 2013.
  17. ^ Konow, David (Mei 15, 2013). "Talk of Independence Day sequels continue". TG Daily. Dicapai pada Jun 16, 2013.
  18. ^ Taylor, Drew; Sacks, Ethan (Jun 22, 2013). "Will Smith won't be in 'Independence Day 2,' director confirms". New York Daily News. Dicapai pada Jun 26, 2013.
  19. ^ "Den of Geek".
  20. ^ "Independence Day 2 will feature a gay character". IGN.
  21. ^ "Michael B. Jordan Eyed to Star in 'Independence Day' Sequel (Exclusive) - TheWrap". TheWrap.
  22. ^ Nicholson, Max (Mei 29, 2014). "Independence Day sequel getting a rewrite". IGN.
  23. ^ a b Fleming Jr, Mike (November 26, 2014). "Fox Green Light Starts 'Independence Day' Sequel Countdown". deadline.com. Dicapai pada Januari 28, 2015.
  24. ^ "'Independence Day 2' Official Title Revealed". The Hollywood Reporter.
  25. ^ Sneider, Jeff; Ge, Linda (Januari 27, 2015). "Liam Hemsworth Eyed to Star in 'Independence Day' Sequel". thewrap.com. Dicapai pada Januari 28, 2015.
  26. ^ Ford, Rebecca (Mac 20, 2015). "'Nymphomaniac' Star Joining 'Independence Day 2' (Exclusive)". hollywoodreporter.com. Dicapai pada Mac 20, 2015.
  27. ^ Sneider, Jeff; Ge, Linda (Mac 25, 2015). "'Boardwalk Empire's' Travis Tope in Talks for 'Independence Day 2' (Exclusive)". thewrap.com. Dicapai pada Mac 30, 2015.
  28. ^ "Roland Emmerich on Twitter - Vivica A. Fox is Confirmed to Return". twitter.com. Dicapai pada April 4, 2015.
  29. ^ McNary, Dave (Mac 24, 2015). "Vivica A. Fox Joins 'Independence Day 2′". variety.com. Dicapai pada April 4, 2015.
  30. ^ Ford, Rebecca (Mac 3, 2015). "'Independence Day 2' Casts 'Survivor's Remorse' Star Jessie Usher (Exclusive)". hollywoodreporter.com. Dicapai pada April 4, 2015.
  31. ^ Ge, Linda (Mac 3, 2015). "'Independence Day 2' Casts 'Survivor's Remorse' Star in Major Role". thewrap.com. Dicapai pada April 4, 2015.
  32. ^ "Roland Emmerich on Twitter". twitter.com. Dicapai pada April 28, 2015.
  33. ^ "Sela Ward Set to Play POTUS in 'Independence Day 2'". deadline.com. Dicapai pada Mei 4, 2015.
  34. ^ Sneider, Jeff (Mei 13, 2015). "'Independence Day 2' Recruits 'Young and the Restless' Actress Mckenna Grace (Exclusive)". thewrap.com. Dicapai pada September 15, 2015.
  35. ^ "'Billy Lynn's Long Halftime Walk' Casts Bravo Squad; Patrick St. Esprit Joins 'Independence Day 2′". deadline.com. Dicapai pada Mei 19, 2015.
  36. ^ "'William Fichtner Gets Rank Of General In 'Independence Day' Sequel′". deadline.com. Dicapai pada Mei 29, 2015.
  37. ^ Roland Emmerich (Jun 3, 2015). "Just signed one of China's brightest young stars to the cast of #IndependenceDay2! Welcome Angelababy!". Twitter. Dicapai pada Jun 4, 2015.
  38. ^ "'Independence Day 2′ begins filming in Albuquerque, NM in May". onlocationvacations.com. April 8, 2015. Dicapai pada April 8, 2015.
  39. ^ "Joey King on Twitter". twitter.com. Dicapai pada April 28, 2015.
  40. ^ "Dean Devlin on Twitter". twitter.com. Dicapai pada April 28, 2015.
  41. ^ Jay Jayson. "Independence Day Resurgence Wraps Filming". Comicbook.com.
  42. ^ Jonathan Raymond. "Burj Khalifa and Singapore's Marina Bay Sands make cameos in latest Independence Day: Resurgence trailer".
  43. ^ "Theatrical Movie Schedule Additions and Changes". Box Office Mojo.
  44. ^ "Fox's 'Independence Day 2' Moved From Busy 2015 Summer to 2016". FirstShowing.net. November 12, 2013. Dicapai pada November 12, 2013.
  45. ^ Chitwood, Adam (Oktober 14, 2014). "INDEPDENDENCE DAY 2 Release Date Moved Up a Week; HITMAN: AGENT 47 Moved to Summer 2015; PADDINGTON Pushed to January". Collider.
  46. ^ Kit, Borys (September 22, 2015). "'Independence Day: Resurgence' To Get Comic Book Prequel (Exclusive)". The Hollywood Reporter.
  47. ^ "The first trailer for Independence Day: Resurgence has arrived". The Verge. Disember 13, 2015.

Pautan luar sunting