Jalan pintasan

Laman nyahkekaburan

Jalan pintasan merupakan jalan raya atau lebuh raya yang mengelak atau memintas sesuatu kawasan tepu bina, bandar atau kampung, untuk membolehkan aliran lalu lintas berjalan lancar tanpa gangguan dari lalu lintas tempatan, untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di kawasan tepu bina, serta untuk menambah baik keselamatan jalan raya.

Jalan Pintasan Semeling dibina bagi melencongkan aliran trafik Jalan Pantai Barat Kedah untuk mengurangkan kesesakan di sekitar Semeling dan Bedong.

Kurangnya kawalan penggunaan tanah yang ketat akan menyebabkan bangunan dibina sewenang-wenangnya sepanjang jalan pintasan, menjadikan jalan pintasan sebagai jalan raya perbandaran biasa, malah jalan pintasan tersebut akan semakin sesak sebagaimana jalan-jalan tempatan yang ingin dielakkan. Pusat beli-belah serta sesetengah syarikat lain didirikan di sana supaya mudah dicapai, manakala rumah-rumah pula didirikan jauh daripada jalan pintasan untuk mengelakkan masalah pencemaran bunyi.

Lihat juga sunting