Jefferson Beauregard "Jeff" Sessions III (lahir 24 Disember 1946) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat. Beliau merupakan Peguam Negara Amerika Syarikat ke–84 sejak 9 Februari 2017 hingga 7 November 2018. Sessions sebelum ini berkhidmat sebagai Senator Amerika Syarikat dari Alabama bermula tahun 1997 sehingga 2017. Beliau merupakan ahli Parti Republikan.

Jeff Sessions
Peguam Negara Amerika Syarikat ke–84
Dalam jawatan
9 Februari 2017 – 7 November 2018
PresidenDonald Trump
TimbalanDana Boente (Pemangku)
Rod Rosenstein
Didahului olehLoretta Lynch
Senator A.S.
dari Alabama
Dalam jawatan
3 Januari 1997 – 8 Februari 2017
Didahului olehHowell Heflin
Digantikan olehLuther Strange
Peguam Negeri Alabama ke–44
Dalam jawatan
16 Januari 1995 – 3 Januari 1997
GabenorFob James
Didahului olehJimmy Evans
Digantikan olehBill Pryor
Peguam Negara Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan Alabama
Dalam jawatan
Februari 1981 – 23 Mac 1993
PresidenRonald Reagan
George H. W. Bush
Bill Clinton
Didahului olehWilliam Kimbrough
Digantikan olehDon Foster
Butiran peribadi
LahirJefferson Beauregard Sessions III
(1946-12-24) 24 Disember 1946 (umur 77)
Selma, Alabama, A.S.
Parti politikRepublikan
PasanganMary Blackshear
Anak-anak3
Alma materKolej Huntingdon
Universiti Alabama
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan United States
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Amerika Syarikat Kenteteraan Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1973–1977
Pangkat Kapten
UnitUnit ke-1184 Tentera Amerika Syarikat Terminal Pengangkutan

Pada 5 Disember 2017, Jeff Sessions menyifatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah ‘kleptokrasi paling teruk’.[1]

Kehidupan awal sunting

Sessions dilahirkan di Selma, Alabama pada 24 Disember 1946.[2] Beliau ialah anak kepada Jefferson Beauregard Sessions, Jr., dan bekas Abbie Powe.[3] Beliau dibesarkan di Camden, Alabama. Sessions memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni dari Kolej Huntingdon dan Ijazah Doktor Juris dari Universiti Alabama.

Kerjaya awal sunting

Dari tahun 1981 hingga 1993, beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat untuk Daerah Selatan Alabama. Sessions dipilih sebagai Peguam Negeri Alabama pada tahun 1994.

Senator Amerika Syarikat (1997-2017) sunting

Sessions dipilih sebagai Senat Amerika Syarikat pada tahun 1996, yang dipilih semula pada tahun 2002, 2008, dan 2014. Sessions dianggap sebagai salah satu daripada ahli-ahli Senat A.S. yang paling konservatif.

Sebagai senator, beliau dikenali sebagai seorang yang menentang terhadap pendatang tanpa izin dan mengurangkan imigresen undang-undang. Beliau menyokong usaha perundangan utama pentadbiran George W. Bush, termasuk 2001 dan 2003, Perang Iraq dan pindaan kebangsaan yang dicadangkan untuk melarang perkahwinan sejenis.

Penyokong awal kempen presiden Donald Trump 2016, Sessions dianggap sebagai calon Naib Presiden, tetapi Gabenor Indiana, Mike Pence akhirnya dipilih untuk tiket naib presiden.

Sessions meletak jawatan daripada Senat setelah disahkan sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat pada 8 Februari 2017.[4]

Peguam Negara Amerika Syarikat (2017-2018) sunting

Pada 18 November 2016, telah diumumkan bahawa Presiden terpilih Donald Trump merancang untuk mencalonkan Sessions sebagai Peguam Negara Amerika Syarikat.

Pada 10 Januari 2017, perbicaraan Jawatankuasa Kehakiman Senat mengenai pencalonannya bermula.[5] Senat mengesahkan pencalonannya pada 8 Februari 2017.[6] Beliau mengangkat sumpah oleh Naib Presiden Mike Pence pada 9 Februari.

Skandal 1MDB sunting

Pada 5 Disember 2017, Jeff Sessions mendedah hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau berkata pegawai yang dikatakan rasuah dan sekutu mereka dilaporkan menggunakan dana 1MDB untuk "perbelanjaan mewah" seperti AS$ 200 juta untuk hartanah di California Selatan dan New York, AS $ 130 juta dalam karya seni, AS$ 100 juta untuk muzik dan kapal layar AS$ 265 juta. Jeff Sessions berkata pegawai 1MDB didakwa melakukan pengubahan wang haram lebih daripada AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat.[1]

Jeff Sessions juga menyifatkan isu 1MDB ialah ‘kleptokrasi paling teruk’.[1]

Sehingga April 2015, 1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.[7]

Kehidupan peribadi sunting

Sessions dan isterinya Mary mempunyai tiga orang anak dan enam cucu.[8] Beliau mengajar di Sekolah Minggu untuk kanak-kanak di Mobile, Alabama.[9]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c 1MDB kleptokrasi paling teruk, kata peguam negara AS
  2. ^ "SESSIONS, Jefferson Beauregard III (Jeff) – Biographical Information". bioguide.congress.gov. Biographical Directory of the United States Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada November 19, 2016.
  3. ^ Battle, Robert. "Ancestry of Jefferson Beauregard "Jeff" Sessions III". Rootsweb. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-11. Dicapai pada August 4, 2009.
  4. ^ Barrett, Ted; LoBianco, Tom (February 6, 2017). "DeVos, Sessions expected to be confirmed in tight votes". CNN. Dicapai pada 6 February 2017.
  5. ^ Rafferty, Andrew (January 10, 2017). "Jeff Sessions, Trump's Pick for Attorney General, Testifies at Senate Confirmation Hearing". NBC News. Dicapai pada 10 January 2017.
  6. ^ Kim, Seung Min (February 1, 2017). "Sessions clears committee on party-line 11-9 vote". Politico. Dicapai pada 2 February 2017.
  7. ^ "Putrajaya sets up task force to investigate 1MDB". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2021-10-03.
  8. ^ De La Cuetara, Ines (July 18, 2016). "Jeff Sessions: Everything You Need to Know". ABC News.
  9. ^ Lucas, Fred (November 21, 2016). "Who Is the New Attorney General Pick, Jeff Sessions?". Newsweek. Dicapai pada November 24, 2016. Sessions adalah seorang guru Sekolah Minggu di Gereja Ashland Place United Methodist di Mobile dan telah menjadi perwakilan ke persidangan Methodist Alabama tahunan.

Pautan luar sunting