Kementerian Pertahanan (Kesatuan Soviet)

Kementerian Pertahanan Kesatuan Soviet (Minoboron; Rusia: Министерство обороны СССР) ialah sebuah kementerian kerajaan dalam Soviet Union. Menteri Pertahanan pertama adalah Nikolai Bulganin, bermula tahun 1953.[1] Kementerian Pertahanan ini telah dibubarkan pada 16 Mac 1992.[2] Satu perjanjian bagi menubuhkan pusat pemerintahan tentera CIS bersama telah ditandatangani pada 20 Mac 1992, tetapi idea itu dibuang kerana negara-negara pasca-Soviet dengan cepat membina tentera sendiri yang berasingan.[3]

Organisasi sunting

Kementerian Pertahanan, sebuah Kementerian Soviet, adalah secara teknikalnya berada dibawah Jemaah Menteri, serta kepada Soviet Agung dan Jawatankuasa Pusat CPSU. Pada tahun 1989 ia, bagaimanapun, lebih besar dari kebanyakan kementerian lain dan mempunyai pengaturan khusus untuk pengawasan parti, dan penyertaan negara dalam aktivitinya. Kementerian Pertahanan terdiri daripada Staf Am, Direktorat Utama Politik Angkatan Tentera Soviet, Pakatan Warsaw, lima cabang bersenjata, dan direktorat utama serta direktorat pusat.[4]

Menteri pertahanan selalunya terdiri dari pegawai awam utama CPSU atau seorang jeneral Tentera Darat; jawatan ini mungkin telah di isi atas cadangan Majlis Pertahanan dengan persetujuan Politburo, walaupun Presidium Soviet Agung telah membuat pengumuman rasmi. Tiga orang Timbalan Pertama Menteri Pertahanan ialah Ketua Turus Am, Pemerintah Tertinggi Pakatan Warsaw, dan pegawai kanan lain dengan tugas-tugas yang tidak ditentukan. Timbalan pertama menteri pertahanan juga di pilih dari Tentera Darat. Pada tahun 1989 sebelas orang timbalan menteri pertahanan merangkumi para panglima besar lima cabang bersenjata serta ketua-ketua Pertahanan Awam, Perkhidmatan Simpanan, Pembinaan dan Kuarters Trup, Persenjataan, Direktorat Utama Anggota, dan Inspektorat Utama.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://en.wikipedia.org/wiki/Minister_of_Defence_(Soviet_Union)
  2. ^ "Министерство Обороны СССР" (dalam bahasa Rusia). Энциклопедия Всемирная история. Unknown parameter |ko accessdate= ignored (bantuan)
  3. ^ Schnabel, Albrecht (2001). Southeast European Security: Threats, Responses, Challenges. Nova Publishers. m/s. 45. ISBN 9781590330975.
  4. ^ a b Zickel, Raymond E. (1991). Soviet Union: a country study; research completed May 1989 (ed. 2. ed., 1. print.). Washington, DC: US Gov. Print. Off. m/s. 700–702. ISBN 0844407275.

Templat:Departments of the USSR