Misi Kepler adalah balai cerap angkasa NASA untuk mencari planet luar suria serupa dengan Bumi mengorbit bintang-bintang lain.[3] Kapal angkasa lepas misi ini yang dinamakan bersempena Johannes Kepler,[4] dilancarkan pada 7 Mac 2009.[5]

Kepler
Teleskop Kepler menurut tanggapan artis
Maklumat am
NSSDC ID 2009-011A
OrganisasiNASA
Kontraktor utama Ball Aerospace & Technologies Corp.
Tarikh pelancaran 7 Mac 2009 03:49:57 UTC
Dilancarkan dari SLC-17, Cape Canaveral Air Force Station, Florida, A.S.
Kenderaan pelancar Delta II (7925-10L)
Tempoh misi ≥ 3.5 tahun
berlalu: 15 tahun, 1 bulan dan 19 hari
Jisim1,052 kg (2,319 lb)
Jenis orbit Heliosentrik mengekor-Bumi
Tinggi orbit AU
Tempoh orbit 372.5 hari
Rejim panjangombak400–865 nm[1]
Diameter0.95 m (3.1 ka)
Kawasan pengumpulan 0.708 m2[2]
Laman web
kepler.nasa.gov

Ia berfungsi memerhati kecerahan lebih 140,000 bintang jujukan utama Bima Sakti dalam lebih 3.5 tahun untuk mencari transit bintang oleh planet-planetnya, dan menentukan berapa planet serupa Bumi dalam atau berhampiran zon kehidupan sistemnya.[6] Satu-satunya alatan Kepler ialah sebuah fotometer.[7]

Kepler ialah misi di bawah Program Discovery NASA yang menumpu misi kos rendah sains utama. Ames Research Center memajukan sistem permukaan, operasi misi dan analisis data sains. Perkembangan misi diuruskan oleh Jet Propulsion Laboratory. Ball Aerospace & Technologies Corp. memajukan sistem penerbangan Kepler. Setakat Julai 2013, Kepler telah menemui 134 eksoplanet dalam 76 sistem najam, serta 3,277 lagi calon planet.[8]

Pada 15 Ogos 2013, NASA mengumumkan mereka telah berhenti cuba membaiki dua (daripada empat) roda reaksi yang rosak. Ini bermakna misi utama balai cerap ini telah tamat, namun ia masih boleh digunakan untuk tujuan lain. NASA telah meminta komuniti mencadangkan misi alternatif "berpotensi mencari eksoplanet, menggunakan hanya dua roda reaksi dan penujah".[9][10][11][12]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kepler Mission: Photometer & Spacecraft". NASA. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-19. Dicapai pada 2011-02-02.
  2. ^ Kepler Spacecraft and Instrument NASA. Dicapai 21 Ogos 2013.
  3. ^ "Kepler Mission Official Site". NASA. Mac 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-06. Dicapai pada 2010-03-14.
  4. ^ Edna DeVore (9 Jun 2008). "Closing in on Extrasolar Earths". SPACE.com. Dicapai pada 2009-01-19.
  5. ^ "Kepler Launch". NASA. Dicapai pada 2010-09-18.
  6. ^ "Kepler Mission/QuickGuide". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-08. Dicapai pada 2011-04-20.
  7. ^ "Meeting Program and Block Schedule". American Astronomical Society. Dicapai pada 2011-04-20. – click the itinerary builder to get to the abstract of "Kepler Planet Detection Mission: Introduction and First Results".
  8. ^ Wall, Mike (14 Jun 2013). "Ailing NASA Telescope Spots 503 New Alien Planet Candidates". Space.com. TechMediaNetwork. Dicapai pada 15 Julai 2013.
  9. ^ "NASA Ends Attempts to Fully Recover Kepler Spacecraft, Potential New Missions Considered". 15 Ogos 2013. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  10. ^ Dennis Overbye (15 Ogos 2013). "NASA's Kepler Mended, but May Never Fully Recover". New York Times. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  11. ^ Mike Wall (15 Ogos 2013). "Planet-Hunting Days of NASA's Kepler Spacecraft Likely Over". Space.com. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  12. ^ "Kepler: NASA retires prolific telescope from planet-hunting duties".

Pautan luar sunting