Monumen Demokrasi (Bahasa Thai: อนุสาวรีย์ประชาธิปไตย Anusawari Prachathipatai) terletak di Dataran Ratchadamnoen pusat Bangkok, ibukota Thailand. Ia didirikan sebagai memperingati suatu rampasan kuasa dan revolusi diketuai Plaek Phibunsongkhram pada tahun 1932 yang menggulingkan pemerintahan mutlak Raja Prajadhipok serta membawa kepada pembentukan kerajaan berperlembagaan yang baharu untuk Siam. Phibun sendiri merancang pembinaan tersebut yang dianggapnya berperanan sehebat Arc de Triomphe dalam Bangkok.[1]

Monumen Demokrasi di pusat bandar Bangkok.

Kawasan dataran monumen ini telah menyaksikan seberapa peristiwa penting dalam sejarah Thailand sejak 1970-an sehingga kini sebagai titik tumpu para kelompok penggiat memperjuangkan tuntutan mereka sendiri.

Reka bentuk sunting

Monumen ini direka oleh Maeo Aphaiwong, seorang jurubina dan adik kepada Khuang Aphaiwong, anggota kabinet Phibun yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Thailand selepas Perang Dunia Kedua.

terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian tengah serta empat binaan berupa sayap yang mengelilingi pusat ini. Menara tengahnya berketinggian 3 meter, manakala setiap kepak berketinggian 24 meter malah juga berjarak sama dari pusat monumen melambangkan 24 haribulan 3 iaitu tarikh berlakunya Revolusi Siam 1932 dalam takwim Thai: 24 เดือน 3 พ.ศ. 2475 (24 duean-saam phutthasakkarat 2475).

Menara tengah sunting

 
Menara kecil di tengah dataran monumen

Pusat monumen ini menggambarkan ukiran kotak lontar tertulisnya Perlembagaan Thailand 1932 atas dua mangkuk sembahan (พาน phan) emas di suatu menara bulat.

 
Rupa puncak menara tengah monumen menggambarkan Perlembagaan Thailand

Sayap sunting

Keempat-empat binaan berupa bentuk "kepak" menaik melambangkan empat cabang angkatan bersenjata Thailand iaitu tentera, tentera laut, tentera udara dan polis - yang melaksanakan revolusi.

Dua daripada binaan kepak ini dipasangkan suatu pancuran air berupa kepala naga.

Ukiran sunting

Pada pangkal setiap binaan kepak pula menampakkan ukiran penceritaan revolusi dilakukan bersama rakyat jelata dan pihak tentera Siam, namun sengaja dinampakkan seolah-olah pihak tentera yang menggiat khusus memperjuangkan demokrasi sambil warga jelata dilihat sebagai penerima sumbangan semata-mata. Ukiran-ukiran ini dihasilkan seorang pengukir bangsa Itali bernama Corrado Feroci atau nama Siamnya "Silpa Bhirasi".

Rujukan sunting

  1. ^ Ka F. Wong, Visions of a Nation: Public Monuments in Twentieth-Century Thailand, White Lotus, Bangkok 2006, 65