Neptunium adalah unsur radioaktif bersimbol Np dan bernombor atom 93 berbentuk pepejal keperakan yang digunakan dalam alat pengesan neutron.

Sfera Neptunium-237

Ciri-ciri sunting

Neptunium merupakan unsur aktinid yang keras, mulur dan berwarna kelabu. Tahap-tahap pengoksidaannya berjulat daripada +3 ke +7, dengan tahap +5 merupakan tahap paling stabil, tetapi tahap +4 merupakan tahap yang biasa dipilih dalam sebatian neptunium pepejal.

Isotop sunting

Neptunium memiliki 24 radioisotop, dengan isotop 237Np ialah radioisotop yang paling stabil dengan separuh hayat selama 2.14 juta tahun. Empat radioisotop metastabil neptunium juga wujud, dengan 236mNp adalah paling stabil dengan separuh hayat selama 22.5 jam.[1]

Sejarah sunting

Nama unsur ini dipilih sempena planet Neptun yang bersebelahan dengan planet Uranus.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Nucleonica (2007–2013). "Universal Nuclide Chart". Nucleonica: Web Driven Nuclear Science. Dicapai pada 2013-10-15. (pendaftaran diperlukan).
  2. ^ Seaborg, G. T. (1994). "Ch. 118. Origin of the actinide concept". Dalam K. A. Gschneidner, Jr.; L, Eyring; G. R. Choppin; G. H. Landet (penyunting). Handbook on the Physics and Chemistry of Rare Earths. 18 – Lanthanides/Actinides: Chemistry. Elsevier. m/s. 4–6, 10–14.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Neptunium di Wikimedia Commons
  •   Takrifan kamus neptunium di Wikikamus