Buka menu utama

Uranus (اورانوس) merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Planet ini dinamakan sempena dewa langit Yunani purba iaitu Uranus (Yunani Kuno: Οὐρανός), bapa kepada Cronus (Saturnus) dan datuk kepada Zeus (Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan.[2] Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.

Uranus Simbol astronomi bagi Uranus
Planet Uranus
Uranus, seperti dilihat oleh Voyager 2
Penemuan
Ditemui olehWilliam Herschel
Tarikh penemuan13 Mac 1781
Designasi
AdjektifUranian
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion3,006,389,405 km
20.096 471 90 AU
1,868,088,249 batu
Perihelion2,735,555,035 km
18.286 055 96 AU
1,699,799,169 batu
Paksi semimajor2,870,972,220 km
19.191 263 93 AU
1,783,943,710 batu
Kesipian0.047 167 71
Tempoh qamari369.65 hari
Kelajuan purata orbit6.795 km/s
Kecondongan0.769 86°
(6.48° ke khatulistiwa Matahari)
Longitud nod menaik74.229 88°
Satelit27
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa25,559 km
(4.007 Bumi)
Jejari kutub24,973 km
(3.929 Bumi)
Luas permukaan8.084×109 km2
(15.849 Bumi)
Isi padu6.834×1013 km3
(63.086 Bumi)
Jisim8.6832×1025 kg
(14.536 Bumi)
Min ketumpatan1.318 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa8.69 m/s2
(0.886 g)
Halaju lepas21.29 km/s
Tempoh putaran ikut bintang0.718 33 hari (17 jam 14 min 24 saat) [1]
Halaju putaran khatulistiwa2.59 km/s = 9320 km/j
Kecondongan paksi97.77°
Jarak hamal kutub utara77.31° (5 jam 9 min 15 saat)
Keserongan kutub utara+15.175°
Albedo0.51
Suhu min purata max
• Permukaan 59 K 68 K N/A
• Atas awan 55 K
Atmosfera
Tekanan atmosfera120 kPa (pada aras awan)
Komposisi83% Hidrogen
15% Helium
1.99% Metana
0.01% Ammonia
0.00025% Etana
0.00001% Asetilin
surih Karbon monoksida
surih Hidrogen sulfida

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais". Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur surih hidrokarbon. Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C. Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada ais dan batu.

RujukanSunting

  1. ^ http://www.hnsky.org/iau-iag.htm
  2. ^ "MIRA's Field Trips to the Stars Internet Education Program". Monterey Institute for Research in Astronomy. Dicapai August 27, 2007. 

Bacaan lanjutSunting

  • Miner, Ellis D. (1998). Uranus: The Planet, Rings and Satellites. New York: John Wiley and Sons. ISBN 978-0-471-97398-0.