Pencerobohan tentera

Pencerobohan, serbuan, pelanggaran atau hanya serangan adalah sejenis ofensif ketenteraan di mana sebahagian besar kombatan dari satu entiti geopolitik secara agresif memasuki wilayah yang dikawal oleh entiti lain, secara amnya dengan objektif samada menakluk, membebaskan atau menubuhkan semula kawalan atau kuasa ke atas wilayah, memaksa pembahagian sesebuah negara, mengubah kerajaan yang ditubuhkan atau mendapatkan konsesi dari kerajaan tersebut, atau gabungannya. Pencerobohan boleh mencetuskan peperangan, menjadi sebahagian daripada strategi yang lebih besar untuk mengakhiri peperangan, atau ia boleh membentuk satu perang secara keseluruhan. Oleh kerana operasi berskala besar dikaitkan dengan pencerobohan, ia biasanya bersifat strategik dalam perancangan dan pelaksanaan.[perlu rujukan]

Rujukan sunting