Perbicaraan Menteri Besar Perak 2009

Perbicaraan Menteri Besar Perak 2009-2010 telah diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas dibawa oleh Dato' Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin bagi memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Perbicaraan ini diputuskan pada hari Isnin, 11 April 2009 di hadapan hakim Abdul Aziz Abdul Rahim. Akhirnya hakim memutuskan Zambry Abdul Kadir tidak sah sebagai Menteri Besar Perak. Sebaliknya Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Beliaulah ketua pentadbir kerajaan negeri Perak dan bertanggungjawab terhadap Dewan Undangan Negeri Perak, bangunan Perak Darul Ridzuan dan sebagainya. Namun pada 22 Mei Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry oleh Sultan Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan Negeri. Mohammad Nizar kemudian merayu ke Mahkamah Persekutuan, dan pada 9 Februari 2010, diumumkan bahawa Mahkamah Persekutuan yang diwakili oleh panel lima hakim, bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry ialah Menteri Besar Perak yang sewajarnya.[1]

Hujah penghakiman asal sunting

Hakim Abdul Aziz Abd Rahim merujuk kepada kes lampau iaitu kes Stephen Kalong Ningkan. Dalam kes tersebut, bukti sokongan diberikan dalam bentuk surat, tetapi ia tidak ditandatangan oleh kesemua yang namanya tertera dalam daftar diberikan. Malah salah seorang yang dikatakan menandatangani surat, ia hanya merupakan cop. Oleh itu surat yang ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. [2] [3]. Setakat ini tiada persidangan DUN Perak untuk meluluskan usul sedemikian. Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah juga mestilah menunggu apa-apa keputusan Persidangan DUN Perak.

Permohonan peguam Zambry Abdul Kadir, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.[4] Mahkamah memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh.

Sehubungan itu, Mohamad Nizar hadir ke pejabat pada Isnin pagi dan dijadualkan mengadap Sultan Perak pada petang tersebut bagi memaklumkan keputusan hakim tersebut kerana mahkamah telah memihak kepadanya. Ini bermakna persidangan bawah pokok sah dari segi undang-undang. V. Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Tindakan Timbalan Speaker Hee Yit Foong meluluskan 4 usul pada 7 Mei 2009 ternyata tidak sah. Barisan Nasional harus akur bahawa 3 ADUN yang lompat parti itu sebenarnya telah diterima meletakkan jawatan.

Masalah masih tidak selesai sunting

Barisan Nasional dikatakan masih menguasai DUN Perak iaitu 28 ADUN dan 3 ADUN bebas. Speaker Dewan kemudiannya telah mengantung 6 ADUN Barisan Nasional selama 6 bulan memang mengikut prosedur[perlu rujukan]. Kerajaan Pakatan berhujah bahawa 3 ADUN bebas sebenarnya telah meletakkan jawatan sebagai ADUN melalui surat lampau mereka. Speaker telah menerima sah surat perletakan jawatan mereka walaupun telah lama berlaku. Lagipun surat tanpa tarikh itu dikatakan tidak mempunyai sebarang unsur paksaan. Tindakan menarik balik surat tersebut juga sudah terlambat iaitu selepas Speaker menerima surat perletakan jawatan ADUN. Pihak SPR kemudiannya telah menggunakan bidang tugasnya daripada memastikan kelancaran dan pilihanraya yang bersih bertindak menolak untuk diadakan pilihanraya kecil berdasarkan keputusan mahkamah bahawa surat bertandatangan awal (presign) adalah tidak sah. [5]

Rayuan sunting

Pada 12 Mei 2009, Zambry memfailkan rayuan dengan Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[6]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[7] Pada 19 Jun, Nizar memohon rayuan agar keputusan Mahkamah Rayuan itu dibatalkan.[8]

Ke Mahkamah Tinggi sunting

Pada 5 November 2009, sebuah panel lima hakim, iaitu Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdul Hamid Embong bersidang di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar hujah daripada tiga pihak, iaitu Nizar, Peguam Negara Abdul Gani Patail dan peguam Datuk Cecil Abraham, kemudian menangguhkan keputusannya[9] hingga ke tahun seterusnya.

Pada waktu pagi 9 Februari 2010, diumumkan bahawa Mahkamah Persekutuan yang diwakili oleh panel lima hakim yang sama, bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Zambry ialah Menteri Besar Perak yang sewajarnya.[1] Penghakiman dibacakan oleh Hakim Arifin.

“Tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri yang memerlukan undi tidak percaya dijalankan di dalam Dewan Undangan Negeri. Dalam kes semasa, adalah tidak meragukan yang Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 anggota Dewan Undangan Negeri.”

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "MB Perak: Zambry dari BN sah, kekal". The Malaysian Insider. 9 Feb 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-11. Dicapai pada 9 Feb 2010.
  2. ^ Between support and confidence.
  3. ^ Krisis di Perak: Penjelasan Dari Sudut Undang-undang.
  4. ^ Nizar menteri besar sah Perak Malaysiakini
  5. ^ It's Futile To Challenge EC's Decision, Say Lawyers.
  6. ^ "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis". Bernama. 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-22.
  7. ^ "Hakim: Zambry MB sah Perak". Malaysiakini. 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-22.
  8. ^ "Nizar files appeal against declaration of Zambry as MB". The Star. 20 Jun 2009. Dicapai pada 9 Feb 2010.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Federal Court defers judgment on Perak crisis". Bernama. 5 Nov 2009. Dicapai pada 9 Feb 2010.[pautan mati kekal]