Roberto Carlos Mario Gómez

pemain dan jurulatih bola sepak Argentina

Roberto Carlos Mario Gómez (lahir 27 Febuari 1957 di Mar del Plata) merupakan seorang pengurus bola sepak dan bekas pemain bola sepak Argentina. Gómez dikenali sebagai Roberto Gómez semasa zaman bermain bola sepak dan kini, Mario Gómez dalam pengurusan bola sepak dan melatih Borneo F.C..

Mario Gómez
Maklumat peribadi
Nama penuh Roberto Mario Carlos Gomez
Tarikh lahir (1957-02-27) 27 Februari 1957 (umur 67)
Tempat lahir Mar del Plata, Argentina
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1979 Temperley 10 (0)
1980–1987 Ferro Carril Oeste 135 (3)
Jumlah 145 (3)
Pasukan diurus
1997–1999 Lanús (Assistant)
1999 Mallorca (Pembantu)
1999–2001 Valencia (Pembantu)
2001–2003 Internazionale (Assistant)
2004 Gimnasia La Plata
2004–2006 Gimnasia Jujuy
2006 Quilmes
2006–2007 Gimnasia Jujuy
2007 Club Atlético Belgrano
2009 Asteras Tripolis
2010 Club Atlético Tucumán
2011–2012 Ferro Carril Oeste
2012–2013 Gimnasia Jujuy
2014 Deportivo Cuenca
2014–2015 South China
2015–2017 Johor Darul Ta'zim
2017–2018 Persib Bandung
2019 Borneo
2020 Arema
2020–2021 Borneo
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya sunting

Gómez mula bermain seawal 1979 untuk kelab Club Atlético Kimberley de Mar del Plata. Pada tahun 1980, beliau diambil oleh pengurus kelab Ferro Carril OesteCarlos Timoteo Griguol dan menandatangani kontrak bersama kelab itu. Gómez pernah bermain pada era kejayaan Kelab Bola Sepak Ferro pada era 1980-an, membantu kelabnya memenangi 2 kejuaraan Nacional pada tahun 1982 dan 1984. Gómez telah membuat 135 penampilan untuk Ferro antara tahun 1980 hingga 1987.

Kerjaya Jurulatih sunting

Selepas persaraan daripada bermain, Gómez telah dilantik menjadi pembantu Griguol di Ferro dan di Gimnasia de La Plata.[1] [2]

Selepas itu, Gómez mencuba nasib sebagai pembantu Héctor Cúper di Club Atlético Lanús, dan seterusnya, menjadi pengurus kelab itu selepas Cúper meletak jawatan dan memilih untuk bersama Mallorca di Sepanyol.[3]

Pada 1999, Gómez mengambil alih jawatan pengurus kelab Mallorca,[2] tetapi tidak dibenarkan untuk menyambung tugas disebabkan tidak memenuhi syarat pengalaman pengurusan selama 2 tahun. Beliau hanya mengurus 5 perlawanan untuk kelabnya (2 menang dan 3 tewas).[4]

Gómez menyambung jawatan sebagai pembantu Cúper di Valencia dan seterusnya, Inter Milan.

Pada tahun 2004 Gómez telah kembali ke Argentina untuk mengambil alih tugas sebagai pengurus Gimnasia de La Plata dimana dia terkenal dengan kata hikmat "fútbol argentino lo gobiernan los hinchas" (bola sepak di Argentina ditadbir oleh penyokong).

Rujukan sunting

  1. ^ Argentina, Cadena 3. "Mario Gómez: Me gusta trabajar en Asia: hay mucha pasión". Cadena 3 Argentina (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-10-29.
  2. ^ a b "El Mallorca ficha a Mario Gómez al romper la negociación con Griguol". Ultima Hora (dalam bahasa Sepanyol). 1999-06-05. Dicapai pada 2021-10-29.
  3. ^ "Mario Gómez: las apuestas con Ronaldo, la invitación que rechazó de Mourinho y sus ganas de volver a Ferro - TyC Sports". www.tycsports.com (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-10-29.
  4. ^ Fernández, Manolo (2016-01-20). "Gómez: sin licencia para entrenar". Diario de Mallorca (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2021-10-29.