Rusuhan Karachi 2010

Rusuhan Karachi 2010 bermula pada 3 Ogos 2010 di bandar pelabuhan Karachi Pakistan ekoran terbunuhnya ahli parlimen Raza Haider, dari parti 'Pergerakan Muttahida Qaumi' pada 2 Ogos 2010 di sebuah masjid.[1]

Rusuhan Karachi 2010
LokasiKarachi, Sindh, Pakistan
Tarikh3 Ogos 2010-
Jenis serangan
Rusuhan
Kematian85+
Tercedera200+
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Seramai 81 terbunuh dan 300 cedera. Lebih 100 kenderaan termasuk 12 trak dirosakkan.[2] Segalanya bermula di Masjid Nazimabad apabila Reza Haider terbunuh setelah dilempar bom. Ulama Maulana Ghulam Ahmed Siyalwi yang hadir di masjid itu turut cedera.

Dua kumpulan etnik iaitu puak Urdu yang bercakap Mohajir dan puak Pashtun saling salah menyalah di antara satu sama lain.

Latar belakang sunting

Karachi merupakan bander terbesar di Pakistan dengan 18 juta penduduk berugama Islam. Mereka berbahasa Urdu dan ramai daripada mereka berketurunan Pashtun yang berhijrah daripada timur laut Pakistan.

Bandar ini mengalami proses Talibanisasi kerana Taliban berkuasa di Pakistan khususnya yang bersempadan dengan Afghanistan. Raza Haider merupakan pemimpin Syiah satu kelompok minoriti , telah dibunuh semasa menghadiri majlis pengkebumian di sebuah masjid.

Reaksi sunting

Rehman Malik selaku Menteri Dalam Negeri turut menuding jari kepada Sipah-e-Sahaba dan kumpulan Tehrik-i-Taliban Pakistan . Pihak keselamatan Pakistan menyalahkan kumpulan Sipah-e-Sahaba Pakistan terhadap pembunuhan Raza Haider. Namun MOM menyalahkan Parti Nasional Awami. MOM mengumumkan 3 hari berkabung dan perniagaan ditutup. Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari mengarahkan siasatan rapi segera dilakukan.

Siasatan awal sunting

Polis mendapati seorang lelaki berseluar jeans dan t-shirt , berhelmet menaiki motosikal telah memulakan rusuhan itu. Seramai 15 orang telah ditahan untuk soal siasat. Tumpuan siasatan di Qasba Colony, Orangi Town, Korangi, Orangi, Liaquatabad, Samanabad, Pirabad, Baloch Colony, Risala Road dan Pak Colony.

Rujukan sunting

  1. ^ Declan Walsh (3 Ogos 2010). "Karachi riots leave 45 dead after MP assassinated". The Guardian. Dicapai pada 5 Ogos 2010.
  2. ^ Karachi riots toll hits 81 Times of India