Seine-Maritime

jabatan di Perancis
Seine-Maritime
Kawasan Normandie
Préfecture Rouen
Président Didier Marie
Arrondissement 3
Kanton 69
Kotamadya 745
Wilayah 6.278 km²
Penduduk (1999)
 - Total
 - Kepadatan
1.239.138 hab.
197 hab./km²
Seine-Maritime di Perancis.

Seine-Maritime ialah sebuah jabatan di Normandie, Perancis. Ia terletak di bahagian utara Perancis, di muara sungai Seine dan merupakan tempat terletaknya bandar-bandar seperti Le Havre dan Rouen. Sebelum 1955, ia dikenali sebagai Seine-Inférieure.

Sejarah sunting

Jabatan Seine-Inférieure telah dicipta sewaktu Revolusi Perancis, pada 4 Mac 1790 berikutan penguatkuasaan Undang-undang bertarikh 22 Disember 1789, daripada sebahagian provinsi Normandie.

Selepas kemenangan dalam Seratus Hari di pertempuran Waterloo (18 Jun 1815), jabatan diduduki oleh tentera British dari Jun 1815 ke November 1818.

Selepas rampasan kuasa pada 2 Disember 1851 oleh Napoléon III, jabatan Seine-Maritime dijadikan sebahagian daripada jabatan-jabatan yang diletakkan dalam keadaan bejaga-jaga untuk mengelakkan sebarang pemberontakan[1].

Jabatan ini telah diberi nama « Seine-Maritime » pada 18 Januari 1955. Berdasarkan perundingan yang diadakan melalui surat dan internet pada Disember 2005, para pengundi telah bersetuju untuk memanggil penduduk jabatan ini « Seinomarins »[2].

Geografi sunting

Seine-Maritime bersempadan Selat Inggeris dari muara sungai Seine sehingga ke muara sungai Bresle, merupakan sebahagian daripada kawasan Normandie. Ia bersempadan dengan jabatan Somme, Oise dan Eure.

Dataran tinggi kapur Pays de Caux terletak dalam jabatan ini.

Bandar-bandar utama : Rouen, Le Havre, Dieppe, Fécamp, Elbeuf, Barentin, Yvetot, Lillebonne

Iklim sunting

Seine-Maritime beriklim lautan. Terdapat perubahan suhu antara kawasan tepi laut dan pedalaman jabatan. Pada musim sejuk, suhu yang dicatat di persisiran pantai lebih tinggi daripada suhu yang dicatat di bahagian timur. Kesan sebaliknya dapat diperhatikan sewaktu musim panas. Kawasan pays de Bray, yang terletak di kawasan yang beraltitud lebih tinggi mengalami kejatuhan salji pada musim sejuk. Angin utama bertiup dari barat daya atau dari barat. Angin ini boleh bertiup sewaktu ribut pada musim luruh dan musim sejuk. Seluruh jabatan ini juga mengalami banyak hujan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Jacques Olivier Boudon, Les Bonaparte : regards sur la France impériale. La Documentation photographique, fail 8073, Januari-Februari 2010, m/s. 11 (peta oleh Gilles Pécout)
  2. ^ Templat:Lien web