Sistem Penyiaran Korea

Syarikat penyiaran awam Korea Selatan

Korean Broadcasting System (kependekan KBS, Korea: 한국방송공사, Hanguk Bangsong Gongsa, Bahasa Melayu: "Sistem Penyiaran Korea"[perlu rujukan]) ialah penyiar awam kebangsaan Korea Selatan. Ia diasaskan pada tahun 1927 dan menjalankan perkhidmatan radio, televisyen serta dalam talian. Ia merupakan salah satu saluran televisyen terbesar di Korea Selatan.

Korean Broadcasting System (KBS)
한국방송공사
JenisPenyiaran awam
Negara
KetersediaanKorea Selatan
Seluruh dunia (melalui KBS World)
Ditubuhkan16 Februari 1927 (1927-02-16) (sebagai Perbadanan Penyiaran Kyeongseong)
03 Mac 1973 (1973-03-03) (sebagai Organisasi Penyiaran Awam)
SloganFulfilling the People's Devotion Through Broadcasting
Ibu pejabatYeouido, Yeongdeungpo, Seoul, Korea Selatan
PemilikBebas (milik umum)
Orang penting
Ko Dae-young, Presiden
Tarikh pelancaran
Februari 1927 (radio)
Disember 1961 (televisyen)
Laman sesawang
www.kbs.co.kr
english.kbs.co.kr

Sejarah sunting

KBS bermula sebagai Perbadanan Penyiaran Kyeongseong (JODK, 경성방송국, 京城放送局) yang telah ditubuhkan oleh Gabenor Jeneral Korea pada 16 Februari 1927. Stesen radio ini mula menggunakan isyarat panggilan HLKA pada tahun 1947 selepas Republik Korea mendapat panggilan tanda HL daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa. Selepas mengadakan sebuah siaran seluruh negara, radio ini dinamakan semula sebagai Stesen Penyiaran Tengah Seoul pada tahun 1948.

Penyiaran televisyen di Korea Selatan bermula pada 12 Mei 1956 menerusi stesen televisyen pertama, HLKZ-TV. Ia dijual kepada KBS pada tahun 1961.

Status stesen KBS bertukar daripada stesen penyiaran kerajaan kepada awam pada 3 Mac 1973. Pembinaan ibu pejabat KBS di Yeouido bermula pada tahun 1976. Pada tahun 1979, radio KBS radio mula menyiarkan dalam gelombang FM menerusi pelancaran KBS Stereo (sekarang KBS 1FM).

KBS mula menerima pengiklanan pada tahun 1980, berbeza daripada norma penyiaran iklan-percuma oleh penyiaran awam selepas paksaan gabungan beberapa penyiaran swasta ke dalam KBS oleh kerajaan tentera Chun Doo-hwan.

Pada tahun 1981, KBS melancarkan KBS 3TV dan Educational FM. Pada 27 Disember 1990, saluran ini berpisah daripada KBS untuk membentuk Educational Broadcasting System (EBS).

Selepas semakan semula pelesenan sistem bayaran televisyen pada tahun 1994, KBS1 menghentikan penyiaran iklan.

Struktur sunting

KBS adalah sebuah syarikat awam (공사, 公社) dibiayai oleh kerajaan Korea Selatan tetapi diuruskan secara bebas. Sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Republik Korea, presiden KBS dipilih oleh Presiden Korea Selatan, selepas dicadangkan oleh lembaga pengarah. Parti-parti politik di Korea Selatan juga mempunyai hak untuk menamakan ahli-ahli lembaga pengarah KBS.

Disebabkan sistem ini yang memberikan ahli-ahli politik kuasa efektif ke atas pemilihan presiden KBS serta lembaga pengarah, individu yang mengkritik sistem ini menyatakan campur tangan politik dan pentadbiran KBS adalah sebab untuk menyemak semula sistem rekrut semasa

Sekitar 37.8% pendapatan KBS datang daripada mandatori yuran lesen televisyen sebanyak 2,200 won dengan 47.6% datang dari jualan iklan komersial.[1]

Keluaran antarabangsa KBS seperti KBS World serta perkhidmatan khusus seperti KBS Radio 3 untuk orang kurang upaya, menerima pembiayaan awam dari kerajaan Korea Selatan.

Rujukan sunting

  1. ^ KBS Annual Report 2006-2007 Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine, KBS, 2007.(As mentioned on page 30)

Pautan luar sunting