Templat:Biome

Kawasan taiga terletak di sepanjang latitud utara yang tinggi, di antara tundra, dan hutan sederhana, dekat 50° sekitar Bulatan Artik.

Taiga (berasal dari bahasa Turkik[1] atau Mongol) ialah biom yang bercirikan hutan konifer. Meliputi kebanyakan kawasan pedalaman Kanada, Alaska, Sweden, Finland, Norway, Tanah Tinggi Scotland dan Rusia (terutamanya Siberia), serta bahagian pedalaman utara tanah besar Amerika Syarikat (Minnesota utara, Semenanjung Atas Michigan, Wisconsin utara, Upstate New York, Vermont, New Hampshire, dan Maine), Kazakhstan utara, Mongolia utara, dan Jepun utara (Hokkaidō), taiga ialah biom daratan yang terbesar di dunia.

Memandangkan benua Amerika Utara dan Asia pernah disambungkan oleh jambatan darat Bering, sebilangan spesies haiwan dan tumbuhan dapat menduduki kedua-dua benua dan bertaburan di seluruh biom taiga. Spesies yang lain pula hanya terdapat di kawasan-kawasan tertentu, iaitu lazimnya setiap genus terdiri daripada pelbagai spesies, setiap satunya menduduki kawasan taiga yang berbeza. Hutan taiga juga ditumbuhi pokok meluruh berdaun kecil seperti betula, alder, dedalu, dan aspen; kebanyakannya di kawasan-kawasan yang terlindung dari suhu teramat rendah pada musim dingin. Bagaimanapun, pokok larka yang juga meluruh mampu menahan musim sejuk yang tersejuk sekali di hemisfera utara, di Siberia timur. Kawasan taiga paling selatan pun ditumbuhi pokok-pokok oak, mapel, elm dan tilia yang terserak di kalangan pokok konifer.

Rujukan sunting

  1. ^ "taiga." Dictionary.com Unabridged (v 1.1). Random House, Inc. 12 Mac 2008. web link

Pautan luar sunting

Templat:Terrestrial biomes