Oak merujuk kepada sebarang pohon atau pokok renek dalam genus Quercus[1] (Bahasa Latin: "pokok oak") keluarga Fagaceae. Terdapat sekitar 600 spesies oak di dunia yang masih wujud. Istilah "oak" juga turut muncul dalam nama-nama spesies dalam genus yang berkaitan terutamanya Lithocarpus, serta spesies yang tidak berkaitan seperti Grevillea robusta dan Casuarinaceae. Genus Quercus ini tertumpu taburannya di Hemisfera Utara di mana pohon-pohon yang bermalar hijau hidup di iklim sederhana di luar kawasan garis lintang tropik seperti di Amerika, Asia, Eropah, Afrika Utara. Amerika Utara mempunyai bilangan spesies oak yang terbesar sebanyak kira-kira 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies di Mexico, di mana 109 spesies daripadanya bersifat endemik. China merupakan negara kedua terbesar dengan kira-kira 100 spesies.[2]

Oak
Julat zaman: Sempadan Paleosen-Eosen-kini 56–0 Ma
rekod Paleosen & Zaman Kapur Lewat mungkin
Quercus robur.jpg
Daun dan kacang Quercus robur
Pengelasan saintifik s
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fagales
Keluarga: Fagaceae
Subkeluarga: Quercoideae
Genus: Quercus
L.

Pokok oak mempunyai daun-daun yang berpilin, sama ada ia mempunyai lobus yang bergerigi mahupun licin. Buah-buah dan daun pokok ini mengandungi asid tanik,[3] yang membantu melindungi pokok daripada serangan kulat dan serangga.[4]

TaksonomiSunting

Pengelasan terkini Quercus ialah pembahagian kepada dua subgenus dan lapan bahagian.[5] Bahagian ini menyokong kepelbagaian evolusi oak antara dua klad yang berbeza: klad "Dunia Lama", yakni oak yang wujud terutamanya di Eurasia; dan klad "Dunia Baru", bagi pokok oak lazim di benua Amerika.[6]

Kemunculan teknik molekul dalam analisis filogenetik mengubah pemahaman tentang hubungan oak, pada mulanya dengan mendedahkan sokongan berasaskan data molekul bagi pembahagian difiletik Quercus ke dalam klad Dunia Lama dan Dunia Baru.[6] Teknik-teknik ini telah terbukti sangat berguna dalam menyelesaikan hubungan skala halus antara 2-5 spesies oak, terutamanya bagi kumpulan terhibrid, tetapi sehingga baru-baru ini, penekanan utama pada pendekatan sempit ini menghalang ahli sistematik daripada membuat penentuan berskala besar tentang sejarah oak.[7] Dengan kapasiti pensampelan merentasi spesies oak meningkat, begitu juga ketepatan pada peringkat bahagian dan spesies merentas genus Quercus.[8]

KegunaanSunting

 
Sebatang pokok oak di Schönderling

Kayu oak bersifat keras dan kuat, dan ia mempunyai ketumpatan sebanyak 0.75 g/cm3 (0.43 oz/in3). Kayu mempunyai ketahanan tinggi terhadap serangan serangga dan kulat kerana ia mengandungi kimia tanin yang sangat tinggi. Ia juga mempunyai corak ira yang sangat menarik, terutamanya apabila kayu tersebut dipotong rentang.

Papan oak yang dipotong rentang sangat berharga ketika Zaman Pertengahan untuk digunakan dalam dalam pembinaan perabot yang bermutu tinggi serta panel dalaman bangunan yang megah, misalnya di ruang debat Bangunan Parlimen British di London. Kayu spesies Quercus robur dan Quercus petraea telah digunakan di Eropah untuk pembinaan kapal terutama sekali kapal-kapal perang[9] sehingga ke abad ke-19. Ia juga digunakan dalam pembinaan bangunan berbingkai kayu di Eropah. Kayu oak masih digunakan hari ini bagi membuat perabot, rerangka bangunan kayu serta venir. Tong penyimpanan wain, sherry, dan arak-arak seperti brandy serta wiski-wiski jenis Ireland, Scotch dan Bourbon yang berumur juga dibuat daripada kayu oak yang diperolehi dari Eropah dan Amerika. Serpihan kayu oak turut digunakan bsebagai bahan bakar untuk untuk pengasapan atau penyalaian ikan, daging, keju[10] dan makanan yang lain.

 
Keratan rentas batang Quercus suber

Kulit kayu pohon oak putih (Quercus alba) dikeringkan bagi menghasilkan ubatan tertentu. Kulit kayu oak secara amnya juga kaya dengan tanin, yang merupakan bahan penting dalam penyamakan kulit. Biji-bijinya boleh dikisar menjadi tepung ataupun dipanggang bagi menghasilkan "kopi oak".

KeracunanSunting

Daun-daun dan buah pokok oak mengandungi asid tanik di mana pemakanannya yang banyak boleh menyebabkan keracunan dalam lembu, kuda, kambing biri-biri dan kambing; malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal serta radang usus. Antara gejala keracunan termasuklah kurang selera makan, kemurungan, sembelit, cirit-birit (yang barangkalinya boleh berdarah), darah dalam air kencing serta kolik. Walau bagaimanapun, buah oak masih boleh selamat digunakan sekiranya ia direndam bagi mengeluarkan asid taniknya terlebih dahulu.[11]

Dalam budayaSunting

Sebagai simbol negaraSunting

Pokok oak merupakan lambang kekuatan dan daya ketahanan, justeru ia telah dipilih kebanyakan negara sebagai pohon kebangsaan mereka seperti Jerman[12], Amerika Syarikat (melalui undang-undang yang diluluskan Kongresnya pada November 2004),[13] Bulgaria, Cyprus, England, Estonia, Perancis, Moldova, Jordan, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Serbia, dan Wales.[14]

RujukanSunting

  1. ^ Sunset Western Garden Book, 1995, Leisure Arts, pp. 606–607, ISBN 0376038519.
  2. ^ Hogan, C. Michael (2012) Oak Diarkibkan 23 Mei 2013 di Wayback Machine. ed.
  3. ^ Tull, Delena (1999-01-01). Edible and Useful Plants of Texas and the Southwest: A Practical Guide (dalam bahasa Inggeris). University of Texas Press. ISBN 9780292781641.
  4. ^ Hipp, Andrew (2004). Oak Trees Inside and Out. Rosen Publishing Group, Inc. m/s. 4.
  5. ^ Denk, Thomas; Grimm, Guido W.; Manos, Paul S.; Deng, Min; Hipp, Andrew L. (2017), Gil-Pelegrín, Eustaquio; Peguero-Pina, José Javier; Sancho-Knapik, Domingo (penyunting), "An Updated Infrageneric Classification of the Oaks: Review of Previous Taxonomic Schemes and Synthesis of Evolutionary Patterns", Oaks Physiological Ecology. Exploring the Functional Diversity of Genus Quercus L., Springer International Publishing, 7, m/s. 13–38, doi:10.1007/978-3-319-69099-5_2, ISBN 978-3-319-69098-8
  6. ^ a b Manos, Paul S.; Zhou, Zhe‐Kun; Cannon, Charles H. (2001). "Systematics of Fagaceae: Phylogenetic Tests of Reproductive Trait Evolution". International Journal of Plant Sciences (dalam bahasa Inggeris). 162 (6): 1361–1379. doi:10.1086/322949. JSTOR 10.1086/322949. S2CID 85925622.
  7. ^ Hipp, Andrew L.; Manos, Paul S.; González-Rodríguez, Antonio; Hahn, Marlene; Kaproth, Matthew; McVay, John D.; Avalos, Susana Valencia; Cavender-Bares, Jeannine (January 2018). "Sympatric parallel diversification of major oak clades in the Americas and the origins of Mexican species diversity". New Phytologist. 217 (1): 439–452. doi:10.1111/nph.14773. hdl:10161/15608. PMID 28921530.
  8. ^ Hubert, François; Grimm, Guido W.; Jousselin, Emmanuelle; Berry, Vincent; Franc, Alain; Kremer, Antoine (2014-10-02). "Multiple nuclear genes stabilize the phylogenetic backbone of the genus Quercus". Systematics and Biodiversity. 12 (4): 405–423. doi:10.1080/14772000.2014.941037. ISSN 1477-2000. S2CID 85604759.
  9. ^ Baugh, Daniel A. (1965). British Naval Administration in the Age of Walpole. Princeton University Press. m/s. 242. OCLC 610026758.
  10. ^ Cheese. swaledalecheese.co.uk
  11. ^ Bainbridge, D. A. (12–14 November 1986), Use of acorns for food in California: past, present and future, San Luis Obispo, CA.: Symposium on Multiple-use Management of California's Hardwoods
  12. ^ Schierz, Kai Uwe (2004). "Von Bonifatius bis Beuys, oder: Vom Umgang mit heiligen Eichen". Dalam Hardy Eidam; Marina Moritz; Gerd-Rainer Riedel; Kai-Uwe Schierz (penyunting). Bonifatius: Heidenopfer, Christuskreuz, Eichenkult (dalam bahasa Jerman). Stadtverwaltung Erfurt. m/s. 139–45.
  13. ^ "Oak Trees". arborday.org. Dicapai pada 27 April 2010.
  14. ^ "Oak as a Symbol". Venables Oak. Dicapai pada 26 September 2012.

Bacaan lanjutSunting

  • Byfield, Liz (1990) An oak tree, Collins book bus, London : Collins Educational, ISBN 0-00-313526-80-00-313526-8
  • Philips, Roger. Trees of North America and Europe, Random House, Inc., New York ISBN 0-394-50259-00-394-50259-0, 1979.
  • Logan, William B. (2005) Oak : the frame of civilization, New York ; London : W.W. Norton, ISBN 0-393-04773-30-393-04773-3
  • Paterson, R.T. (1993) Use of trees by livestock, 5: Quercus, Chatham : Natural Resources Institute, ISBN 0-85954-365-X0-85954-365-X
  • Royston, Angela (2000) Life cycle of an oak tree, Heinemann first library, Oxford : Heinemann Library, ISBN 0-431-08391-60-431-08391-6
  • Savage, Stephen (1994) Oak tree, Observing nature series, Hove : Wayland, ISBN 0-7502-1196-20-7502-1196-2
  • Tansley, Arthur G., Sir (1952) Oaks and oak woods, Field study books, London : Methuen.
  • Żukow-Karczewski, Marek (1988) Dąb – król polskich drzew (Oak – the king of the Polish trees), AURA (A Monthly for the protection and shaping of human environment), 9, 20-21.

Pautan luarSunting