Wikipedia:Permohonan gambar

Laman ini menjelaskan cara meminta imej dari ahli-ahli Wikipedia yang lain untuk rencana Wikipedia.

Membuat permintaan sunting

Sebelum membuat apa-apa, sila lakukan langkah-langkah berikut:

  1. Mula-mula, cuba mencari imej sendiri. Untuk tip-tip, rujuk Tutorial pencarian imej.
  2. Jangan buat permintaan menyeluruh, seperti: "memerlukan gambar untuk semua tokoh dalam Senarai tokoh".
  3. Pohon gambar untuk rencana sedia ada sahaja; jika rencananya tiada, sila cipta rencana itu dahulu sebelum memohon.

Anda boleh memohon imej untuk suatu rencana dengan membubuh templat {{reqphoto}} pada laman perbincangan untuk rencana yang memerlukan imej.

Menunaikan permohonan sunting

Jika anda ingin menyumbangkan imej yang anda ambil sendiri, sama ada dalam filem atau kamera digital, pastikan mutunya optimum. Apa kata gunakan perisian grafik seperti GIMP untuk meningkatkan penepuan (saturation), kontras (contrast), dan kejelasan (sharpness) (tutorial). Anda tidak perlu menyediakan imej kenit (thumbnail). Sila lihat dasar penggunaan imej untuk nasihat lanjut apabila berurusan dengan imej. Anda juga boleh menyumbangkan gambar yang bukan diambil sendiri, asalkan berada di bawah domain awam atau GFDL. Imej-imej lain yang diminta juga boleh didapati dengan melihat Kategori:Permintaan foto Wikipedia lalu menambahkan imej pada rencana yang berpaut dengan kategori ini.

  1. Pastikan gambar itu dilesenkan secara betul seperti yang dijelaskan dalam bahagian "Amaran hak cipta" di bawah.
  2. Muat naiklah imej itu. Jika dibenarkan oleh lesen, sila muat naik imej itu ke dalam Wikimedia Commons pula supaya semua Wikipedia lain dan projek Wiki boleh menggunakan imej itu sekali.
  3. Bubuh Tag hak cipta imej yang betul serta huraian pada laman penerangan imej.
  4. Pautkan imej itu kepada rencana yang berpadan. Imej yang terlalu besar wajar dipautkan sebagai imej kenit. Lihat Tutorial gambar.
  5. Selepas membubuh imej yang diminta, gugurkan templat permohonan gambar dari laman perbincangan.

Amaran hak cipta sunting

Wikipedia hanya boleh menerima foto dan gambar yang dilesenkan serasi dengan lesen CC-BY-SA atau Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL), ataupun dalam domain awam. Imeh kandungan bukan bebas adakalanya juga diterima, asalkan berlandaskan garis panduan yang tertera dalam laman dasar penggunaan imej.

  • Cara termudah untuk memastikan kebebasan penggunaan imej adalah membuatnya dengan sendiri lalu mengeluarkan imej itu terang-terangan di bawah lesen CC-BY(-SA) dengan membubuh {{Cc-by-sa-3.0}} atau {{Cc-by-3.0}} pada laman penerangan imej.
  • Boleh juga meletakkan gambar-gambar sendiri dalam domain awam dengan membubuh {{PD-release}} pada laman imej.
  • Pilihan-pilihan dan tag-tag hak cipta lain boleh didapati di tag hak cipta imej.
  • Jika anda meminta izin orang lain untuk menggunakan imej miliknya di bawah lesen CC-BY-SA, lihat Contoh permohonan izin.

Lihat juga sunting

Selain memohon gambar, apa kata minta seorang jurugambar atau pelukis grafik sukarelawan secara langsung.