Khatulistiwa samawi

(Dilencongkan dari Khatulistiwa cakerawala)

Khatulistiwa samawi, khatulistiwa jumantara atau khatulistiwa cakerawala (Jawi: خط الاستواء جومنتارا, خط الاستواء سماوي) ialah sebuah bulatan agung pada sfera samawi bayangan, pada satah yang sama dengan khatulistiwa bumi. Dalam erti kata lain, ia adalah unjuran khatulistiwa bumi ke angkasa lepas.[1] Hasil daripada paksi kecondongan Bumi, khatulistiwa samawi turut condong sebanyak 23.4° daripada satah ekliptik.

Khatulistiwa samawi condong sebanyak 23.4° ke satah ekliptik. Imej menunjukkan hubungan antara kecondongan paksi Bumi, paksi putaran dan satah orbit.

Seorang pemerhati yang berdiri di atas khatulistiwa Bumi menggambarkan khatulistiwa samawi sebagai separuh bulatan merentasi tengah langit melalui zenit. Apabila pemerhati bergerak ke utara (atau selatan), khatulistiwa akan mencondong ke arah ufuk yang bertentangan. Khatulistiwa samawi ditakrifkan merentangi hingga tak terhingga jauh (memandangkan ia berada pada sfera samawi); maka, pemerhati akan sentiasa melihat penghujung separuh bulatan itu menghilang di ufuk timur atau barat, tanpa mengira kedudukan pemerhati itu di bumi. (Walau bagaimanapun di kutub, khatulistiwa samawi adalah selari dengan kaki langit.) Di semua latitud, khatulistiwa samawi adalah kelihatan lurus sempurna kerana pemerhati hanya berada di kejauhan dari satah khatulistiwa samawi itu tetapi tak terhingga jauh dari khatulistiwa samawi itu sendiri.[2]

Objek-objek angkasa yang berhampiran khatulistiwa samawi dapat dilihat di seluruh dunia, tetapi objek tersebut beradai di puncak langit di kawasan tropika. Khatulistiwa samawi kini merentasi buruj berikut:


Jasad samawi selain Bumi juga mempunyai khatulistiwa samawinya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Celestial Equator". Dicapai pada 5 August 2011.
  2. ^ Millar, William (2006). The Amateur Astronomer's Introduction to the Celestial Sphere. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-67123-1.