Sistem koordinat khatulistiwa

Sistem koordinat khatulistiwa merupakan salah satu daripada sistem koordinat dalam koordinat cakerawala. Ia adalah suatu kaedah yang digunakan secara meluas untuk menentukan kedudukan jasad samawi. Sistem ini mungkin juga digunakan dalam koordinat sfera atau segi empat tepat. Kedua-dua koordinat tersebut ditakrifkan oleh asalan di pusat Bumi iaitu suatu satah asasi yang terdiri daripada unjuran khatulistiwa Bumi ke atas sfera cakerawala (membentuk khatulistiwa cakerawala), arah tuju utama ke ekuinoks musim bunga dan kelaziman menganan.[1][2]

Sistem koordinat khatulistiwa dalam koordinat sfera. Satah asasi dibentuk oleh unjuran khatulistiwa Bumi ke atas sfera cakerawala yang membentuk khatulistiwa cakerawala (biru). Arah tuju utama wujud dengan mengunjurkan orbit Bumi ke atas sfera cakerawala, yang membentuk ekliptik (merah), dan mengatur nod menaik ekliptik pada khatulistiwa cakerawala, ekuinoks musim bunga. Jarak hamal diukur ke arah timur sepanjang khatulistiwa cakerawala dari ekuinoks dan keserongan diukur secara positif ke arah utara dari khatulistiwa samawi - dua pasangan koordinat dipaparkan di sini.

Asalan di pusat Bumi bermaksud koordinat adalah geosentrik (geopusat) iaitu seperti yang dilihat dari pusat Bumi seolah-olah ia lutsinar dan tidak terbias. Satah asasi dan arah tuju utama bermakna sistem koordinat semasa ia sejajar dengan khatulistiwa dan kutub Bumi, ia tidak berputar bersama-sama dengan Bumi tetapi kekal tetap secara relatifnya terhadap bintang latar belakang. Kelaziman menganan bermaksud bahawa koordinat adalah positif ke arah utara dan timur dalam satah asasi.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Pejabat Almanak Nautika, Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat (1961). Explanatory Supplement to the Astronomical Ephemeris and the American Ephemeris and Nautical Almanac. H.M. Stationery Office, London. m/s. 24, 26. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Vallado, David A. (2001). Fundamentals of Astrodynamics and Applications. Microcosm Press, El Segundo, CA. m/s. 157. ISBN 1-881883-12-4.