Sfera cakerawala
Dalam ilmu falak dan pelayaran, sfera cakerawala atau sfera samawi ialah sfera khayalan dengan jejari dan berpusat yang besar. Semua objek di langit pemerhati boleh dianggap seperti yang diunjurkan ke permukaan dalam sfera cakerawala, seolah-olah berada di bawah kubah atau layar hemisfera. Sfera cakerawala adalah alatan yang praktikal untuk falak sfera, dimana ia membenarkan si pemerhati untuk memplot kedudukan objek di langit apabila jaraknya tidak diketahui atau tidak penting.

Pengenalan Sunting
Disebabkan jasad samawi berada dalam jarak yang jauh, pemerhatian kasual langit tidak memberikan maklumat tentang jaraknya yang sebenar. Jasad-jasad itu kelihatan sama jauhnya, seolah-olah ia ditetapkan dalam sebuah sfera yang besar dengan jejari yang tidak diketahui,[1] yang berputar dari kiri ke kanan dimana Bumi berada dalam keadaan diam.
Jejari sfera cakerawala boleh dianggap sebagai tak terhingga. Ini bermakna mana-mana tempat di dalamnya, termasuk yang diduduki oleh pemerhati, boleh dianggap sebagai pusat.
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- ^ Newcomb, Simon; Holden, Edward S. (1890). "Astronomi". Henry Holt and Co., New York., halaman 14
Pautan luar Sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sfera cakerawala |
- MEASURING THE SKY - Panduan ringkas mengenai sfera cakerawala oleh Jim Kaler, Universiti Illinois
- Astronomi Umum/Sfera Cakerawala - Wikibuku Bahasa Inggeris
- Rotating Sky Explorer Universiti Nebraska-Lincoln
- Carta Langit Interaktif - SkyandTelescope.com
- Peta langit bulanan untuk setiap kedudukan di Bumi