Klang Sentral merupakan pusat komersial baru di Meru, Selangor, bahagian utara Klang di Selangor, Malaysia. Dibangunkan oleh anak syarikat Titijaya Group, NPO Development, projek Klang Sentral ini menggunakan RM300 juta di atas tanah berkeluasan 83 hektar (340.000 m2). Klang Sentral mula beroperasi pada 27 Disember 2008 yang berdekatan dengan Aman Perdana, Setia Alam dan Bukit Raja.

Klang Sentral dibina untuk menggantikan Terminal Bas Klang di Jalan Pos Baharu. Terdapat banyak kemudahan bas dan teksi yang boleh didapati di sini. Antara kemudahan yang disediakan adalah bas RapidKL U90 yang menghubungkan UiTM Puncak Alam dan Hentian Bandar Shah Alam. Selain itu, terdapat juga bas Seranas yang boleh menghubung dari Klang Sentral ke Genting Highlands. Selain itu, terdapat juga bas Cityliner yang dapat menghubungkan serata Klang. Bas ekspress dan bas persiaran juga disediakan di sini.

Mercu Tanda

sunting

Antara mercu tanda yang boleh dilihat adalah Giant Klang Sentral, McDonald's dan Wisma Dato' Sani, peneraju Syarikat Sani Ekspress. Selain itu, terdapat beberapa stesyen petrol di Klang Sentral antaranya Esso dan Petronas. Klang Sentral merupakan kawasan paling cepat membangun kerana berdekatan dengan projek kawasan perumahan yang sedang giat dibina sekelilingnya seperti Setia Alam, Bukit Raja dan Aman Perdana. Pada setiap waktu malam, Klang Sentral menyediakan aktiviti pasar malam yang menjual pelbagai barang seperti pakaian, makanan dan juga pertandingan karaoke.