Kleptokrasi (drpd akar bahasa Yunani Purba κλέπτης kléptēs, "pencuri", κλέπτω kléptō, "saya mencuri" + -κρατία -kratía daripada κράτος krátos, "kuasa") merujuk kepada sebuah pemerintahan yang dipimpin ahli-ahli yang korup menggunakan kuasa mereka untuk mempergunakan rakyat dan sumber negara mereka agar dapat menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri. Sistem sebegini biasanya melibatkan penggelapan atau pelesapan simpanan negara sehingga menyusahkan rakyat.[1][2]

Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dikenali sebagai "kleptokrasi" kerana penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Contohnya termasuk bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.[3] Beliau dipenjarakan pada 2022 kerana terlibat dalam skandal 1MDB.[4]

Gambaran ringkas sunting

Kleptokrasi paling kerap dijumpai dalam negara membangun yang bergantung kepada eksport sumber asli sebagai pendapatan ekonomi mereka. Pendapatan ini dianggap sebagai suatu sewa ekonomi yang mudah dikeluarkan tanpa mengurangkan pendapat negara langsung.

Pemimpin-pemimpin kleptokrat menganggap perbendaharaan negara mereka seperti kekayaan mereka sendiri yang boleh dikeluarkan untuk dibelanjakan pada barangan mewah sesuka hati tanpa sebarang pengawasan atau kawalan luaran yang wujud; kekayaan yang diperolahi secara haram ini dipindahkan kepada akaun-akaun bank yang tersembunyi di luar negara agar senang diperolehi jika mereka digulingkan aripada pemerintahan mereka.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "kleptocracy". Dictionary.com Unabridged. n.d. Dicapai pada 1 November 2016.
  2. ^ "Kleptocracy". The Oxford English Dictionary. Oxford University Press. Edisi pertama. 1909.
  3. ^ "The Rise of Kleptocracy: Malaysia's Missing Billions". Journal of Democracy (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ "Rayuan gagal, Najib ke penjara hari ini". Berita Harian. 2022-08-23.
  5. ^ Robinson; dll. (15 November 2017). "KLEPTOCRACY AND DIVIDE-AND-RULE: A MODEL OF PERSONAL RULE". Dicapai pada 15 November 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan); Explicit use of et al. in: |last= (bantuan)