Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu
Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu (bahasa inggeris: Cyberjaya College Kota Kinabalu; atau dahulu dikenali sebagai Asia Metropolitan College Kota Kinabalu[1][2]) ialah sebuah kolej gabungan dibawah Universiti Cyberjaya (UoC), merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia.
Cyberjaya College Kota Kinabalu (CCKK) | |
Nama lama | Asia Metropolitan College Kota Kinabalu |
---|---|
Ketua eksekutif | Kristy Ng Sze Nee |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 2008 |
Penggabungan | Anak syarikat milik Cyberjaya Education Group Berhad[3] |
Penggabungan akademik | Universiti Cyberjaya |
Ketua akademik | Joanna Fu |
Lokasi | |
Ahli lembaga penasihat | Professor Subramaniam Amamalay, Dato’ Hj Abd Rashid Bin Hj Mohd Shariff |
Warna | Ungu, Magenta, Putih |
Laman sesawang | www.kk.cyberjaya.edu.my |
Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu[4] telah ditubuhkan sejak 2008 dan merupakan kolej gabungan Universiti Cyberjaya. Kolej ini mengkhusus dalam program sains kesihatan seperti Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Penjagaan Kesihatan dan Psikologi. Kolej ini juga mempunyai program tertumpu dalam Pengajian Perniagaan serta pengajian Asasi.
Kolej ini telah menjadi salah satu institusi kolej swasta terbesar di Plaza Juta, Likas. Bangunan utamanya telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman pada 2hb Februari 2010. Kampus ini dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan moden dan makmal terkini untuk pendidikan berkualiti dan pengalaman pelajar.
Anugerah Institusi sunting
Very Competitive 5-Star Rating
Mendapat penarafan 5 Bintang Sangat Kompetitif bagi tahun 2018/2019 di bawah kategori berasaskan Kolej oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Excellent 5-Star Rating
Mendapat penarafan 5 Bintang Cemerlang bagi tahun 2018/2019 di bawah kategori Berasaskan Kluster (Kesihatan & Kebajikan) oleh Kementerian Pengajian Tinggi.[5]
Pautan Luar sunting
- ^ "Privacy Policy". Cyberjaya College Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ "Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu (Nama Lama : Kolej Asia Metropolitan Kota Kinabalu)". www2.mqa.gov.my. Dicapai pada 2023-09-27.
- ^ "Cyberjaya Education Group Bhd". Cyberjaya Education (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ "Background". Cyberjaya College Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
- ^ "Awards & Achievements". Cyberjaya College Kota Kinabalu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.