Kon Angin alat berbentuk kerucut yang dibuat daripada kain yang boleh berpusing pada tiang tempat alat ini dipasang. Alat ini berkibar mengikut kekuatan dan arah angin.

Kon Angin di Lapangan Terbang

Kegunaan

sunting

Kon Angin amat penting untuk digunakan di semua lapangan terbang untuk juruterbang kenal pasti keadaan di landasan kapalterbang samada kelajuan dan arah angin . Di Lebuhraya juga terdapat Kon Angin dimana terdapat laluan angin lintang dilereng bukit contohnya di lebuh raya utara selatan di laluan Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar.

Semua lapangan terbang di Malaysia dilengkapi dengan Kon Angin pada arah mendarat dan kawasan berlepas kapalterbang disebelah kiri pesawat ( kedudukan kapten pesawat). Kon Angin di lapangan terbang akan disinari lampu limpah diatas tiang kon angin ketika waktu mendung atau gelap.

Fungsi Kon Angin

sunting

Kon angin di lapangan terbang adalah berbentuk kon 3 jalur jingga dan 2 jalur putih . setiap jalur menunjukkan kekuatan tenaga angin Merujuk kepada gambarajah disebelah ( akan dimuat turun kelak , dalam proses kelulusan wiki untuk di muat naik) setiap belang oren dan putih membawa maksud kelajuan angin 3knot.

  • i. Belang jingga pertama menunjukkan 3knot atau kebawah.
  • ii. Belang putih pertama selepas belang jingga pertama menunjukkan 6knot atau kebawah tapi melebihi 3knot
  • iii. Belang jingga kedua selepas belang putih pertama menunjukkan 9knot atau kebawah tapi melebihi 6knot
  • iv. Belang putih kedua selepas belang jingga kedua menunjukkan 12knot atau kebawah tapi melebihi 9knot
  • v. Belang jingga ketiga selepas belang putih kedua menunjukkan 15knot atau lebih atau kebawah tapi melebihi 12knot.

! Kon angin akan tegak mendatar sepenuhnya jika tenaga angin mencapai 15 knot atau lebih 15knot.

Kon Angin di lebuhraya untuk memberi peringatan kepada pemandu supaya memandu dengan kelajuan yang minima diwaktu angin lintang yang kencang.

Angin lintang adalah angin yang bertiup melintasi lebuh raya, yang kadang kala boleh menyebabkan sesuatu kenderaan yang sedang bergerak mengalami lencongan arah, berputar dari paksi asal dan terbalik sekiranya kelajuan angin yang bertiup melebihi nilai tertentu.

 
Kon Angin di laluan Lebuhraya

Rujukan:

  1. Cemas kereta terangkat ditiup angin lintang
  2. How to Read the Airport Windsock
  3. Manual: Windsock Tower
  4. CIRI-CIRI ANGIN LINTANG DI LEBUHRAYA PLUS
  5. Jenis-jenis Kon Angin
  6. Interesting facts about industrial windsocks