Kondominium

Bentuk pemilikan perumahan dan harta tanah

Kondominium, atau kondo, ialah bentuk milik rumah dan harta tanah yang lain yang mana bahagian harta tanah khusus (biasanya rumah apartment) dimiliki secara persendirian sementara kegunaan dan capaian pada kemudahan bersama dalaman seperti laluan jalan, sistem pemanasan, lif, kawasan luaran dikendalikan di bawah hak perundangan berkait dengan pemilik persendirian dan dikawal oleh persatuan pemilik yang secara bersama mewakili pemilik harta keseluruhan.

Secara tidak rasmi, istilah ini sering digunakan bagi merujuk pada unit itu sendiri menggantikan perkataan "apartment". Kondominium boleh ditakrif secara mudah sebagai "apartment" yang dimiliki penghuni berbanding disewa.

Kondominium merupakan istilah perundangan yang digunakan di Amerika Syarikat dan kebanyakan wilayah di Kanada. Di Australia dan wilayah Kanada British Columbia ia dirujuk sebagai "strata title". Di Quebec istilah "harta berpisah bersama ("divided co-property")" (Perancis: co-propriété divisée) digunakan, sungguhpun nama tidak rasmi 'kondominium' kekal digunakan. Di Perancis yang setara dikenali sebagai Copropriété (pemilik bersama), biasanya ditadbir oleh Syndicat de copropriété/syndic. Di Afrika Selatan, bentuk milik ini dikenali sebagai Milik Seksyen ("Sectional Title"), dengan pemilik membentuk Korporat Badan ("Body Corporate").[1]


The Cosmopolitan, kondominium diSingapura


Rujukan sunting

  1. ^ [1]

Pautan luar sunting