Buka menu utama

Malaysian Ceylonese Congress (MCC) atau Kongres Ceylonese Malaysia adalah parti politik yang ditubuhkan pada 1958 untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum minoriti India berketurunan Sri Lanka atau Ceylon di Malaysia.

Kongres Ceylonese Malaysia
Malaysian Ceylonese Congress
MCC
KetuaMahendranathan Thuraiappah
Diasaskan1958
Ibu pejabatP.O. BOX 1182, Jalan Pantai Bahru, 59700 Kuala Lumpur.
Telephone / Fax : 03-62582458 [1]
Tapak web
MCC Website
Malaysian Ceylonese Congress Facebook

Asalnya MCC ialah Persatuan Ceylon Selangor yang ditubuhkan pada 1900, yang mesyuarat ahlinya di bawah teraju M.W. Navaratnam pada Januari 1958 telah memutuskan untuk menukarkan statusnya kepada parti politik dan menukar namanya serta perlembagaannya kepada Kongres Ceylonese Malaya dan kemudiannya Kongres Ceylonese Malaysia. MCC mempunyai wakil di dalam Dewan Negara sehingga 1981.[2]

Kongres Ceylonese Malaysia (MCC) secara tidak langsung menyokong gabungan Barisan Nasional dan berharapan besar untuk menyertai gabungan itu pembentukannya selepas kemerdekaan Malaysia[3] walaupun terdapat pendebatan mengenai masyarakat Ceylon di Malaysia sepatutnya menyertai parti Kongres India Malaysia (MIC), satu parti politik komponen BN bagi kaum India Malaysia.[4]

PresidenSunting

  • 1. Mr. M.W. Navaratnam AMN,JP (1958 - 1969)
  • 2. Senator Tan Sri Datuk Dr. C. Sinnadurai PSD,PNBS,PMP,KMN,SMK,SMB,PJK (1970 - 1983)
  • 3. Tan Sri Dato' Seri V. Jayaratnam PSM,SPMP,STP,JP (1984 - 1987)
  • 4. Dato' Seri Dr. D.M. Thuraiappah SPMS,AMN,ASA (Acting) (1987 - 1988)
  • 5. Dato' Dr. N. Arumugasamy DSIJ,JSM (1988 - 1995)
  • 6. Dato' Seri Dr. D.M. Thuraiappah SPMS,AMN.ASA (1996 - 2003)
  • 7. Datuk Dr. NKS Tharmaseelan DPTJ,PMC,ANS (2004 - 2017)
  • 8. Mahendranathan Thuraiappah (2018 - Sekarang)

Lihat jugaSunting

Pautan LuarSunting

RujukanSunting