Jejak wap

(Dilencongkan dari Kontrail)

Jejak wap[1] ialah wap air terhasil apabila haba panas dari muncung ekzos enjin pesawat yang bertindak balas dengan ruang udara yang bersuhu bawah −40 °C ataupun pesawat yang berada di paras ketinggian 26,000 kaki (8,000 meter). Kebiasaannya jejak wap ini dapat dilihat di ruang angkasa laluan pesawat (airway route) ketika langit agak cerah dan cuaca lembab.

Pesawat berkontrak


Jejak wap pesawat Qantas B747-400 melepasi ruang angkasa Moscow pada paras11,000 m (36,000 ka)


Fakta ringkas. sunting

  • Kontrail terjadi dari apabila haba panas dari muncung ekzos enjin pesawat bercampur balas dengan ruang udara yang bersuhu rendah dan lembab.[2]
  • Jika bersuhu rendah tetapi kering , kontrail tidak terbentuk. Tekanan rendah kadar lembab yang tinggi memanjangkan hayat pembentukan kontrail dan semakin membesar. Jika kadar kelembapan sedikit , kontrail hanya terbentuk sekejap sahaja. [[1]]
  • Kontrail bukannya asap terhasil dari pembakaran bahan api (kerosin jet) dari enjin pesawat seperti enjin diesel atau enjin dua lejang.
  • Ianya bukan bahan pertunjukan dari alat penghasil asap [3] seperti di pesawat aerobatik atau payung terjun (paracut) untuk pertunjukan udara.
  • Tiada apa-apa sebarang maksud isyarat dalam peraturan penerbangan .
  • Ianya adalah tindak balas alam semulajadi.
  • Kontrail tidak terbentuk jika pesawat di aras rendah walaupun cuaca lembab dan bersuhu rendah.
  • Kontrail bewarna putih seperti wap air . Jika dilihat berkilauan (Iridescent) atau berwarna lain , ianya adalah warna pantulan cahaya dan tegasan aerodinamik. [4] [5], [6]


Kontrail dan pantulan cahaya di waktu senja

11 September 2001 kajian kesan cuaca sunting

Larangan penerbangan selama tiga hari di Amerika Syarikat selepas 11 September 2001 memberikan peluang yang jarang terdapat bagi para sains untuk mengkaji kesan jejak wap pada penguasaan cuaca("climate forcing"). Pengukuran menunjukkan bahawa tan[pa jejak wap, julat suhu siang ("diurnal") tempatan (perbezaan suhu siang dan malam) adalah sekitar 1 °C (1.8 °F) lebih tinggi berbanding tepat sebelumnya;[7] bagaimanapun, ini juga dicadangkan bahawa ia akibat cuaca cerah luar biasa semasa tempoh tersebut.[8]

Jejak pemelowapan telah disyaki menyebabkan perubahan "suhu permukaan skala sejagat" buat beberapa lama.[9][10] Penyelidik David J. Travis, pakar sains atmosfera di Universiti Wisconsin-Whitewater, telah menerbitkan dan bercakap mengenai kesan boleh diukur oleh jejak wap pada perubahan suhu dalam journal sains Nature dan persidangan Tahunan ke-10 American Meteorological Society di Portland, Oregon. Kesan perubahan pada pembentukan jejak wap kapal terbang pada tiga hari selepas 11 Sep dilihat pada perubahan suhu permukaan, diukur sekitar 4,000 stesyen pelapur di benua Amerika Syarikat.[9] Penyelidikan Travis merakamkan "peningkatan tidak normal dalam purata suhu diurnal purata".[9] Julat suhu diurnal ("diurnal temperature range-DTR") merupakan perbezaan dalam tertinggi dan terendah hari itu pada sebarang stesyen pelapor cuaca.[11] Travis melihat perubahan pada 1.8 °C (3.24 °F) dari dua tempoh tiga hari bersebelahan pada 11–ke14.[9] Peningkatan ini merupakan terbesar direkodkan dalam 30 tahun, lebih dari "2 sisihan piawai dari purata DTR".[9]

Jejak wap berdepan sunting

Jejak wap dari kapal terbang yang terbang ke arah pemerhati boleh kelihatan seperti dihasilkan oleh objek bergerak menegak.[12][13] Pada 8 November 2010 di California, Amerika Syarikat, jejak wap sebegini mendapat perhatian media dengan meluas sebagai "peluru berpandu misteri" yang tidak dapat dijelaskan oleh tentera Amerika Syarikat dan pihak berkuasa penerbangan,[14] dan penjelasannya sebagai jejak wap [12][13][15][16] mengambil masa lebih dari 24 jam sebelum diterima oleh media Amerika Syarikat dan institusi ketenteraan.[17]

Distrail sunting

 
Kejadian distrail berlawanan dengan kontrail
 
Rajah perbezaan kontrail dan distrail

Distrail merupakan penyingkatan perkataan bahasa Inggeris "dissipation trail" ("jejak lesap"). Apabila kapal terbang melepasi awan, ia mampu membuka laluan melaluinya; ini dikenali sebagai distrail. Oleh sebab jejak wap kapal terbang belum lagi kelihatan (jejak wap biasanya terbentuk pada ketinggian melepasi 8,000 meter/26,000 kaki, bergantung kepada suhu dan faktor lain) distrail kelihatan seperti terowong melalui awan sekiranya awan amat nipis.[18]


Distrail tercipta oleh suhu tinggi gas ekzos yang menyerap kelembapan daripada awan. Awan terbentuk apabila kelembapan relatif adalah 100% tetapi peningkatan suhu udara boleh memuatkan lebih banyak lembapan dan kelembapan relatif jatuh menjadi kurang dari 100%, walaupun pada ketumpatan kelembapan mutlak yang sama, menyebabkan titisan air yang kelihatan pada awan kembali bertukar menjadi wap air.

Galeri sunting

Rujukan: sunting

  1. ^ Kontrail
  2. ^ Contrails
  3. ^ "China Fireworks Scientific Experimental Factory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-29. Dicapai pada 2012-09-25.
  4. ^ Aerodynamic and Rainbow Contrails
  5. ^ Aerodynamic formation of condensation trails
  6. ^ Atmospheric Optics.
  7. ^ Travis, D.J. (March 2004). "Regional Variations in U.S. Diurnal Temperature Range for the 11–14 September 2001 Aircraft Groundings: Evidence of Jet Contrail Influence on Climate" (PDF). J. Clim. 17 (5): 1123–1134. Bibcode:2004JCli...17.1123T. doi:10.1175/1520-0442(2004)017<1123:RVIUDT>2.0.CO;2. ISSN 1520-0442. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-02-26. Dicapai pada 2008-11-06. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ Kalkstein and Balling Jr., Climate Research, 26, 1-4, 2004
  9. ^ a b c d e Travis, D.J. (August 2002). "Contrails reduce daily temperature range". Nature. 418 (6898): 601. doi:10.1038/418601a. PMID 12167846. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ Only partial content available on-line. Reed, Christina (September 2006). "Hot Trails". Scientific American. news scan. 295 (3): 28. doi:10.1038/scientificamerican0906-28. ISSN 0036-8733. OCLC 1775222. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-21. Dicapai pada 21 September 2009.
  11. ^ Perkins, Sid. "September's Science: Shutdown of airlines aided contrail studies." Science News. Vol. 161, No. 19. Pg. 291. 11 May 2002. Science News Online http://www.sciencenews.org/articles/20020511/fob1.asp
  12. ^ a b McKee, Maggie (2010-11-09). "Mystery 'missile' likely a jet contrail, says expert". New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-10. Dicapai pada 2010-11-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ a b West, Mick (2010-11-10). "A Problem of Perspective – New Year's Eve Contrail". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-10. Dicapai pada 2010-11-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ "Pentagon Can't Explain "Missile" off California". CBS. 2010-11-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-10. Dicapai pada 2010-11-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Pike, John E. (2010-11). "Mystery Missile Madness". GlobalSecurity.org. Dicapai pada 2010-11-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Bahneman, Liem (2010-11-09). "It was US Airways flight 808". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-10. Dicapai pada 2010-11-10. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  17. ^ "Pentagon: 'Mystery missile' was probably airplane". Mercury News/AP. 2010-11-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-10. Dicapai pada 2010-11-11. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ "Distrail on Earth Science Picture of the Day". Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-10-16. Dicapai pada 2012-09-25.

Pautan luar sunting