Kontraktor pertahanan

Kontraktor pertahanan (juga kadang kala dikenali sebagai kontraktor ketenteraan) merupakan satu pertubuhan perniagaan yang menyediakan produk atau perkhidmatan kepada jabatan pertahanan di dalam kerajaan. Produk biasanya termasuk pesawat tentera, kapal, kenderaan, persenjataan dan sistem elektronik. Perkhidmatan pula termasuk logistik, sokongan teknikal dan latihan serta sokongan komunikasi.

Kontraktor pertahanan secara umumnya tidak menyediakan sokongan terus kepada operasi ketenteraan. Di bawah Konvensyen Geneva 1949, kontraktor-kontraktor pertahanan yang terlibat di dalam sokongan terus kepada operasi ketenteraan boleh menjadi sasaran-sasaran yang sah dalam serangan ketenteraan.

Kontraktor pertahanan utama sunting

10 buah Kontraktor Pertahanan Utama Dunia, 2008
Kedudukan Nama Negara/
lokasi
Kedudukan 2007 Pendapatan pertahanan
(AS$ bilion)
% dari jumlah pendapatan
1 Boeing   Amerika Syarikat 1 30.5 48.0
2 BAE Systems   United Kingdom 2 29.9 95.0
3 Lockheed Martin   Amerika Syarikat 3 29.4 92.0
4 Northrop Grumman   Amerika Syarikat 4 24.6 77.0
5 General Dynamics   Amerika Syarikat 6 21.5 79.0
6 Raytheon   Amerika Syarikat 5 19.5 93.0
7 EADS   Eropah 7 13.1 21.3
8 L-3 Communications   Amerika Syarikat 8 11.2 81.0
9 Finmeccanica   Itali 9 9.9 53.6
10 Thales Group   Perancis 10 9.4 56.0
Sumber: BBC News

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting