BAE Systems
Koordinat: 51°16′25″N 0°46′00″W / 51.27361°N 0.76667°W
BAE Systems plc (BAE) merupakan sebuah syarikat pertahanan dan aeroangkasa Britain ynag beribu pejabat di Farnborough, Hampshire, England. Ia memiliki kepentingan global, terutamanya di Amerika Utara melalui anak syarikatbya iaitu BAE Systems Inc. BAE merupakan kontraktor pertahanan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Eropah.[1] BAE Systems telah ditubuhkan pada 30 November 1999 dengan £ 7.7 bilion berikutan penggabungan dua syarikat Britain, iaitu Marconi Electronic Systems (MES), sebuah syarikat pertahanan elektronik dan anak syarikat pembinaan kapal bagi General Electric Company plc (GEC), dengan pengeluar pesawat, peluru dan sistem-sistem tentera laut British Aerospace (BAe).
![]() | |
Berhad (LSE: BA.) | |
ISIN | GB0002634946 ![]() |
Industri | Aeroangkasa dan pertahanan |
Ditubuhkan | 30 November 1999 |
Ibu pejabat | Farnborough, England, UK |
Tempat diberi khidmat | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Richard Olver (Pengerusi) Ian King (CEO) |
Keluaran | Aeroangkasa awam dan ketenteraan Pertahanan elektronik Kapal-kapal laut peluru Sistem pertempuran darat |
Perkhidmatan | Penyelenggaraan, khidmat nasihat, latihan dsb. |
Hasil | £18,543 juta (2008) |
£1,718 juta (2008) | |
Keuntungan | £1,768 juta (2008) |
Bilangan kakitangan | 105,000 (2009) |
Pembahagian | Lihat di bawah |
BAE Systems Inc. | |
Laman sesawang rasmi | www.baesystems.com |
BAE Systems adalah waris kepada pelbagai pesawat udara dan syarikat pertahanan udara, termasuklah The Marconi Company, syarikat komersial pertama yang menumpu kepada pembangunan dan penggunaan radio; A.V. Roe and Company, salah satu daripada syarikat pesawat udara pertama di dunia; de Havilland, pengilang pesawat penumpang jet komersial pertama di dunia; British Aircraft Corporation, pengilang bersama Concorde pengangkutan supersonik; dan Supermarine, pengilang Spitfire. Semenjak penubuhannya, ia telah menjual saham di Airbus, Astrium, AMS dan Atlas Elektronik, dan membuat sebilangan permintaan pemilikan, yang paling utama adalah United Defense dan Armor Holdings dari AmerikA Syarikat.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Defense News Top 100". www.DefenseNews.com. Dicapai pada 2007-07-31.[pautan mati kekal]
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan BAE Systems |