Kontroversi Mohamed Shafee Abdullah

Mohamed Shafee Abdullah merupakan seorang peguam terkemuka dan kontroversi di Malaysia. Beliau ialah salah seorang peguambela kepada Abdul Razak Baginda dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.[1] Shafee terkenal kerana mempertahankan bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang didakwa melakukan pengubahan wang haram sehingga RM42 juta.

Pada 13 September 2018, Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada LHDN. Beliau dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.[2]

Kes liwat II Anwar Ibrahim sunting

Anwar Ibrahim pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya. Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan menyatakan bahawa tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan. Menurut Mingguan Malaysia Shafee sanggup bersumpah di tanah suci Mekah bagi membuktikan Anwar bersalah.[3]

Selepas perbicaraan , Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dihukum penjara lima tahun. Ternyata Shafee selaku pendakwaraya menang kes. Bagi Abdul Talib Osman, tidak pernah lantik orang di luar daripada AGC untuk membuat pendakwaan. Tidak nampak keperluan lantik seseorang daripada luar.[4]

Peguam Najib sunting

‘hopelessly incompetent’ dan ‘poisoned’ sunting

Pada 6 April 2021, hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil menegur Shafee agar menggunakan perkataan lebih sopan dan berhemah dalam mengkritik Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Nasihat itu diberikan ketika Shafee menggunakan kata-kata ‘hopelessly incompetent’ dan ‘poisoned’ ketika merujuk sabitan Mohd Nazlan terhadap Najib dalam perbicaraan membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta.[5][6]

Beri kenyataan media kes 1MDB sunting

Pada 3 Oktober 2022, Shafee meluahkan rasa tidak puas hati atas kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan empat surat berhubung lima transaksi wang hampir AS$180 juta ke akaun Najib dalam satu sidang media di mahkamah. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram berkata, tiada isu pembelaan sukar mendapatkan sebarang dokumen, tetapi perkara itu mesti dibangkitkan dalam mahkamah bukannya kepada media.

Pada 5 Oktober 2022, Shafee memohon maaf berhubung sidang medianya mengenai perbicaraan rasuah membabitkan penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1MDB oleh Najib. Bagaimanapun, beliau menegaskan kenyataannya itu adalah tepat dan tidak ditokoh-tambah.[7][8] Selepas mendengar hujah oleh kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah berkata perkara berhubung kenyataan media itu telah selesai.[9]

Kes pengubahan wang haram RM9.5 juta sunting

Pada 13 September 2018, Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua cek AmIslamic Bank Berhad milik Perdana Menteri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh. Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014. Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan itu, beliau didakwa meninggalkan pendapatan yang diterima pada 13 September 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan diterima pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh. Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Okt 2018, Shafee mohon supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.[10][11][12] Pada 3 Okt, Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah membenarkan permohonan itu.[13]

Pada 16 April 2019, Mahkamah Tinggi menetapkan lapan hari bermula 8 Julai 2019 untuk perbicaraan kes tersebut.[14]

Pada 14 Mei 2019, permohonan Shafee untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi mengendalikan kes jenayah di Sydney, Australia ditolak oleh Mahkamah Tinggi.[15][16]

Pada 21 Jun 2019, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Shafee untuk mendapatkan sementara pasportnya untuk ke Sydney dari 24 Jun hingga 1 Julai 2019.[17]

Pada 27 Jun 2019, tarikh baharu perbicaraan kes ditetapkan selama 16 hari bermula 9 Mac 2019 oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 18 Disember 2019, Mahkamah Tinggi sekali lagi membenarkan permohonan peguam itu untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Perth, Australia atas urusan kerja.[18]

Pada 22 April 2019, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Shafee untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kesnya dan juga untuk mendapatkan surat pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kanan.

Pada 28 Ogos 2020, permohonan semakan kehakiman difailkan Muhammad Shafee untuk menggugurkan pelantikan Gopal Sri Ram sebagai TPR kanan dalam perbicaraan kesnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Bahagian Kuasa-Kuasa Khas.[19]

Pada 1 Mac 2021, permohonan Shafee untuk memasukkan afidavit bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali bagi menggugurkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kesnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.[20][21]

Pada 21 Mei 2021, perbicaraan kes Shafee bermula di Mahkamah Tinggi.

Pada 25 Oktober 2021, permohonan Muhammad Shafee untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke New York bagi urusan pengajian anak lelakinya dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.[22][23]

Pada 12 Mei 2022, pihak pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan seramai lapan saksi pada perbicaraan kes berkenaan.

Pada 23 Mei 2022, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Shafee bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tolak permohonan semakan kehakimannya untuk menggugurkan Gopal Sri Ram daripada pasukan pendakwaan.[24]

Pada 30 Jun 2022, permohonan Shafee untuk mendapatkan sementara pasport bagi membolehkannya ke Itali bagi urusan pertukaran sekolah anak perempuannya dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi.[25][26]

Pada 5 September 2022, Mahkamah Tinggi sekali lagi membenarkan permohonan peguam itu untuk mendapatkan sementara pasport untuk ke Australia bagi menghadiri mesyuarat perundangan dengan peguam kanan yang berasal dari United Kingdom.[27][28][29]

Pada 15 September 2022, pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan dan Hakim Muhammad Jamil menetapkan 28 Oktober untuk keputusan.[30][31][32]

Pada 28 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Shafee daripada tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak.[33]

Tunggakan cukai sunting

Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memfailkan saman terhadap Shafee pada 6 Mei 2021 dengan menamakan beliau sebagai defendan bagi tunggakan cukai itu selama lima tahun. Berdasarkan dokumen diperoleh media, Shafee berkenaan mempunyai tunggakan cukai tahun taksiran RM621,291.85 (2011), RM978,854.11 (2012), RM3,581,500.000 (2013), RM1,735,124.03 (2014) dan RM1,826,557.87 (2016).[34][35]

Pada 27 September 2021, LHDN memohon supaya kes saman terhadap Shafee diputuskan melalui penghakiman terus iaitu mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.[36][37]

Pada 3 November 2021, Shafee memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kes saman itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan Malaysia, antara lain atas alasan wujud keadaan istimewa untuk menggantung prosiding berkenaan.[38][39]

Pada 26 Januari 2022, LHDN memohon Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Shafee untuk menggantung prosiding kes saman itu, atas alasan peguam itu (Shafee) sememangnya berniat untuk melengah-lengahkan tuntutan saman berkenaan.[40][41][42]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1][pautan mati kekal]
  2. ^ Peguam Najib Berdepan Dakwaan Lakukan Pengubahan Wang Haram
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-17. Dicapai pada 2015-06-17.
  4. ^ "Bekas AG: Shafee 'iklankan' diri sendiri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-17. Dicapai pada 2015-06-17.
  5. ^ Hakim tegur peguam Najib guna bahasa lebih sopan
  6. ^ Guna perkataan lebih sopan, berhemah
  7. ^ Shafee mohon maaf tapi tegaskan kenyataan medianya tepat
  8. ^ Muhammad Shafee mohon maaf kepada Mahkamah Tinggi, Sri Ram
  9. ^ Shafee mohon maaf beri kenyataan media kes 1MDB
  10. ^ Shafee mohon kes dipindah ke mahkamah tinggi
  11. ^ Muhammad Shafee mohon kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
  12. ^ Pengubahan wang haram: Shafee mohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
  13. ^ Kes Muhammad Shafee dipindah ke Mahkamah Tinggi
  14. ^ Bicara kes Muhammad Shafee 8 Julai
  15. ^ Mahkamah Tinggi tolak permohonan Shafee
  16. ^ Mahkamah Tinggi tolak permohonan Shafee dapat sementara pasport
  17. ^ Mahkamah Rayuan benarkan Shafee dapatkan pasport ke Australia
  18. ^ Muhammad Shafee dibenar dapatkan sementara pasport untuk ke Australia
  19. ^ Permohonan gugurkan Sri Ram sebagai TPR ditolak
  20. ^ Permohonan Muhammad Shafee gugurkan Gopal Sri Ram ditolak
  21. ^ Permohonan masukkan afidavit bekas AG untuk gugur Sri Ra ditolak
  22. ^ Mahkamah izin Muhammad Shafee ambil pasport ke New York
  23. ^ Urus pengajian anak di New York: Mahkamah pulangkan sementara pasport Muhammad Shafee
  24. ^ Najib, Shafee gagal dapat kebenaran merayu semakan kehakiman singkir Sri Ram
  25. ^ Mahkamah benar Muhammad Shafee dapat sementara pasport untuk ke Itali
  26. ^ Shafee dibenar dapat semula pasport untuk ke Itali
  27. ^ Mahkamah benar Muhammad Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke Australia
  28. ^ Mahkamah benar Shafee dapatkan pasport untuk ke Australia
  29. ^ Mahkamah benar Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke Australia
  30. ^ 28 Okt keputusan jika Shafee perlu bela diri
  31. ^ Mahkamah: Keputusan Shafee bebas atau bela diri 28 Oktober
  32. ^ Pengubahan wang haram RM9.5 juta: Shafee bebas atau bela diri diketahui 28 Okt
  33. ^ Shafee bebas tuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta
  34. ^ LHDN saman Muhammad Shafee tuntut cukai pendapatan RM9.41 juta
  35. ^ LHDN saman Shafee tuntut bayaran tunggakan cukai RM9.41 juta
  36. ^ LHDN mohon kes saman terhadap Shafee diputuskan penghakiman terus
  37. ^ LHDN fail penghakiman terus terhadap Muhammad Shafee
  38. ^ Shafee mohon gantung prosiding kes saman LHDN
  39. ^ Cukai RM9.41 juta, Muhammad Shafee mohon gantung prosiding kes
  40. ^ Cukai RM9.41 juta: Shafee berniat lengahkan tuntutan saman, kata LHDN
  41. ^ Shafee berniat lengahkan tuntutan saman - LHDN
  42. ^ Cukai pendapatan RM9.41 juta: Shafee berniat lengahkan tuntutan saman - LHDN