Kapal kruiser berat adalah sejenis penjajap, iaitu kapal perang yang direka untuk pelayaran jarak jauh dan berkelajuan tinggi, secara amnya dilengkapi dengan meriam berkaliber 203 mm (8 inci), mendapat reka bentuk parameter yang ditetapkan oleh Perjanjian Tentera Laut Washington tahun 1922 dan Perjanjian Tentera Laut London tahun 1930. Kruiser berat adalah sebahagian daripada reka bentuk asal kapal dari tahun 1915 hingga awal 1950an, walaupun istilah "kruiser berat" hanya digunakan secara rasmi pada tahun 1930. Bentuk awal terdekat kruiser berat adalah rekaan kruiser ringan tahun 1900an dan 1910an, bukannya kruiser berperisai sebelum tahun 1905. Apabila kruiser berperisai digantikan oleh kruiser tempur, sejenis kapal pertengahan diantara kruiser ini dan kruiser ringan—iaitu lebih besar dan lebih kuat dari kruiser ringan pihak musuh yang berkeupayaan tetapi tidak sebesar dan semahal kruiser tempur yang cukup dibina untuk melindungi kapal dagang dan berkhidmat di beberapa kancah peperangan.

Kruiser berat HMS Frobisher, sebuah kruiser kelas-Hawkins yang dihadkan spesifikasinya oleh Perjanjian Tentera Laut Washington.

Dengan sasaran mereka sebagai kruiser yang berlainan dan kapal yang lebih kecil, peranan kruiser berat berbeza dari asas kruiser berperisai. Juga, kruiser berat direka untuk memanfaatkan kemajuan dalam teknologi dan reka bentuk kapal. Ia biasanya dikuasakan oleh turbin stim yang dijana oleh minyak dan bukannya enjin salingan wap kruiser berperisai, kruiser berat mampu memecut lebih cepat dan boleh berlayar pada kelajuan tinggi dengan lebih lama daripada sebuah kruiser berperisai. Mereka menggunakan meriam utama berseragam, yang dipasang pada turet superfiring sebaris dan bukannya jenis casemate. Casemate meriam dan gabungan kumpulan meriam telah dihapuskan untuk membuat ruang bagi torpedo geladak atas, dan semakin meningkat dan lebih efektif senjata anti-pesawat. Ia juga mendapat manfaat daripada kehebatan kawalan tembakan dari tahun 1920an dan terus dinaik taraf pada tahun 1950an. Pembangunan lewat peredaran radar dan langkah balas elektronik juga akan muncul dan cepat mendapat kepentingan. Pembangunan ini menunjukkan bahawa kruiser berat adalah sejenis kapal yang lebih berkuasa daripada kruiser berperisai.

Rujukan sunting