Kuarters JKR Jalan San Peng

Kuarters JKR Jalan San Peng dibina oleh kerajaan untuk kakitangan kerajaan .Kuarters ini terletak di di Jalan Gourlay dekat Jalan San Peng, Kuala Lumpur,Malaysia. San Peng ialah tokoh usahawan Cina yang banyak berkhidmat kepada masyarakat pelombong Cina di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.

Biasanya kuarters ini hanya mempunyai dua bilik sahaja. Kemudian bilik dan stor ditambah di bahagian belakang . Tambahan di bahagian depan memerlukan kebenaran khas dari jabatan yang berkaitan seperti dari Jabatan Kerja Raya.

Kerajaan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas itu membina kuarters bagi kakitangan kerajaan sebagaimana kemudahan di ladang-ladang .


Mendapan tanah sunting

Pada 26 Julai 2009, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II Datuk Ir Mohd Noor Yaacob menyatakan pihak JKR dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mendapati 22 unit kuarters termasuk 12 daripadanya yang dimiliki Kementerian Kerja Raya, tidak selamat diduduki ekoran kejadian mendapan tanah pada 24 Julai 2009. Sebatang jalan mendap dan runtuh dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah yang berusia lebih 40 tahun. [1]

Bekalan air dan elektrik terjejas di sekitar kawasan San Peng.Pemendapan berlaku kerana kerja-kerja pembinaan satu blok pusat pemborong 19 tingkat, di Jalan Gelugor, yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan Jalan San Peng. Paip kompleks yang sedang dalam pembinaan itu sering bocor.Jam 4 petang dentuman beberapa kali sebelum mendengar bunyi seakan letupan yang menggegar kuat. Pukul 5.45 jalan raya mendap .

18 keluarga diarahkan pindah dan ditempatkan sementara di hotel dan akan diminta memilih satu daripada tiga opsyen pemindahan yang ditawarkan. Mereka boleh pindah ke kuarters JKR di Sungai Besi atau rumah Projek Perumahan Rakyat (PPRT) Jalan Puchong milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Setiap ahli keluarga penduduk kuarters JKR diberi wang saguhati RM25 setiap seorang selama tiga hari.Kos pemindahan ditanggung oleh pemaju kompleks.JKR akan sediakan lori dan kemudahan lain untuk berpindah.

Rujukan sunting