Kuih limas ialah kuih tradisi negeri Perak. Rupanya menyerupai kuih tepung pelita dan kuih sampan tetapi yang membezakan kuih limas adalah kuih ni menggunakan tepung gandum sahaja berbanding tepung pelita yang menggunakan tepung beras. Kuih ini biasa terjual di pasar malam atau bazar Ramadhan tetapi ramai yang tertipu atau tidak dapat membezakan kuih ini dengan kuih tepung pelita ataupun kuih tako memandangkan rupa ketiga-tiga kuih ini adalah sama. Yang memebzakan antara ketiga-tiganya ialah tekstur kuih kerana perbezaan penggunaan tepung.

Rasa kuih ini berlemak manis, berair dan lembut. Pembuatan kuih ini secara moden banyak menggantikan bekas plastik yang dilapik daun pisang berbanding menggunakan kelongsong daun pisang.

Lihat juga

sunting