Kuih siput
Kuih siput merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum, tepung ubi dan marjerin. Ia kemudian dicampur rempah dan dibentuk siput dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak.
Kuih siput | |
---|---|
Tempat asal | Malaysia |
Suhu penghidangan | Panas atau Sejuk |
10 (3 Biji) kcal | |
sunting · sunting di Wikidata |
Kuih Siput merupakan sejenis kuih yang menjadi kebiasaan untuk dihidangkan pada perayaan seperti hari raya Aidil Fitri.
Asal
suntingNama
suntingKuih siput digelar sedemikian kerana bentuknya yang menyerupai cangkerang siput. Warnanya adalah kuning keemasan.
Penyebaran
suntingKuih siput banyak dibuat dan dijual di Malaysia. Ia biasanya banyak pada musim hari perayaan Aidil Fitri, dan tidak dijual secara harian. Pada musim perayaan, kuih siput tidak perlu ditempah lebih awal.
Dalam budaya popular
suntingKuih siput kurang diminati kecuali pada hari perayaan.
Lihat juga
suntingResepi
suntingBahan-Bahan:
sunting- 1 kilogram tepung gandum
- 50g jintan manis
- 2 ulas bawang besar
- 2 ulas cili kering
- sedikit ikan bilis
- 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
- Udang kering agak2 la ya...
- Daun kari (dihiris halus, lagi banyak lagi sedap)
- garam secukup rasa (garam bukit)
- gula sedikit sahaja
Cara membuatnya
suntingKisarkan campuran udang, bawang, lada. Kemudian masukkan kesemua bahan tadi kecuali margerin.
Gaul hingga semuanya sebati barulah dicampurkan margerin tadi. Uli adunan tersebut sehingga ia menjadi doh yang lembut.
Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput, buat hingga tepung habis.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.
Rujukan
sunting
Pautan luar
sunting- Resepi Kuih Siput Diarkibkan 2008-10-29 di Wayback Machine