Kukup
Kukup atau beting adalah tanah lembap yang terbentuk hasil pemendapan mendakan lumpur, selut, tanah liat dan sisa organik yang bertimbunan[1] dibawa pasang surut atau aliran air dari laut atau sungai terkumpul di kawasan-kawasan perangkapan seperti teluk, bayuk, laguna dan muara sungai.
Kajian diterbitkan tahun 2019 menunjukkan bahawa ekosistem yang didapati dalam kukup-kukup ini menandingi hutan bakau dengan litupan sebesar 127,921km² permukaan bumi.[2] Kira-kira 50% kukup pasang surut sedunia tertumpu berlaku di lapan negara (Indonesia, China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, India, Brazil, dan Myanmar ) dengan 44% dari pasang surut dunia berlaku di Asia (56,051km²). [2]
Ekologi
suntingKukup beting berperanan penting sebagai ekosistem[3] menampung taburan hidupan liar yang besar termasuk burung penghijrah serta spesies ketam,[4] moluska dan ikan[5] yang tertentu. Kukup-kukup ini juga merupakan habitat utama yang memungkinkan puluhan juta ekor burung randai berhijrah dari tempat pembiakan ke tempat perburuan yang barangkali sangat jauh jarak merentasi benua.
Setiap kawasan kukup mempunyai nisbah pasir dan lumpur berbeza-beza membentuk lapisan enapan yang ditimbun.[6] Kadar bertambahnya endapan ini bergantung kepada kadar penurunan air serta kadar pemendapan dan perubahan aras laut yang mengalir ke arahnya.[6]
Rujukan
sunting- ^ Lihat:
- "kukup". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- "kukup". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
- ^ a b
Murray, N.J.; Phinn, S.R.; DeWitt, M.; Ferrari, R.; Johnston, R.; Lyons, M.B.; Clinton, N.; Thau, D.; Fuller, R.A. (2019), "The global distribution and trajectory of tidal flats", Nature, 565 (7738): 222–225, Bibcode:2019Natur.565..222M, doi:10.1038/s41586-018-0805-8, PMID 30568300/ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Murray" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Tidal flat habitats
- ^ Triño, A. T., & Rodriguez, E. M. (2000). Mud crab (Scylla serrata) culture in tidal flats with existing mangroves. In J. H. Primavera, M. T. Castaños, & M. B. Surtida (Eds.), Mangrove-Friendly Aquaculture: Proceedings of the Workshop on Mangrove-Friendly Aquaculture organized by the SEAFDEC Aquaculture Department, January 11-15, 1999, Iloilo City, Philippines (pp. 171–176). Aquaculture Department, Southeast Asian Fisheries Development Center. https://repository.seafdec.org.ph/handle/10862/454
- ^ Manko - Tidal Flat, Mangrove Forest
- ^ a b Reineck, H.E, and I.B Singh, Depositional Sedimentary Environments, 2nd Ed. New York: Springer-Verlag Berlin Heidelberg, 1980, pp. 418-428