Kulasingam Sabaratnam

ACP S. Kulasingam a/l Sabaratnam (12 Ogos 1931 - 29 November 2007) ialah seorang pesara pegawai polis Malaysia dan dianggap sebagai salah seorang pegawai polis yang paling berani sekitar tahun 1970-an. 

Kulasingam Sabaratnam
AMN, PGB
Kelahiran(1931-08-12)12 Ogos 1931
Cameron Street, Seremban, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Meninggal dunia29 November 2007(2007-11-29) (umur 76)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia
Tahun perkhidmatan1951-1985
Pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP)
Jumlah perkhidmatanG/1681
UnitBahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah

Kehidupan awal sunting

Kulasingam Sabaratnam telah dilahirkan pada 12 Ogos tahun 1931 di Seremban, Negeri Sembilan. [1] Beliau telah menerima pendidikan awalnya di Sekolah St. Paul (Senior Cambridge) pada tahun 1950.

Kerjaya polis sunting

Kulasingam telah menyertai Pasukan Polis Malaysia pada 1 Julai tahun 1951 sebagai seorang Inspektor Percubaan. Selepas menamatkan latihan asas polis di Pusat Latihan Polis di Jalan Gurney (kini dikenali sebagai Jalan Semarak) Kuala Lumpur, beliau telah ditugaskan di Butterworth, Pulau Pinang. Semasa tempoh Darurat Malaya, beliau telah berkhidmat sebagai seorang Pegawai Pengawal Harta Pusaka selama tiga bulan sebelum ditugaskan ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai seorang Pegawai Penyiasat pada September tahun 1955. Beliau juga telah berkhidmat sebagai seorang Pegawai Pendakwa di tempat yang sama selama enam bulan. Pada tahun 1957, beliau telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan telah dinaikkan pangkat sebagai Asisten Superintendan Polis (ASP) pada tahun yang sama.

Kemudian, beliau telah ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah dan Ketua Trafik Daerah pada tahun 1959. Beliau juga pernah berkhidmat di Unit No 3 di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Perak pada tahun 1960. Beliau juga pernah berkhidmat di Brunei pada tahun 1963 dan Sarawak pada tahun 1964. Beliau juga pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Medan (kini Pasukan Gerakan Am) di Kroh, Perak sebagai Komander Sekolah Latihan. Pada tahun 1966 sehingga tahun 1969, beliau telah berkhidmat di Sarawak sebagai seorang Komander Batalion Ketiga Pasukan Medan Polis.

Pada tahun 1970, beliau telah ditempatkan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Kuala Lumpur (KDN/KA) selama dua tahun. Sehingga tahun 1979, beliau telah berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebelum ditempatkan di Bahagian D4A di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada tahun 1980. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor pada tahun 1982 sehingga bersara pada 15 September tahun 1985 dengan pangkat Asisten Komisioner Polis.

Penangkapan Kepong Chai sunting

Reputasi DSP Kula adalah amat tinggi ketika itu sehinggakan penjenayah-penjenayah terkenal seperti Kepong Chai — seorang penjenayah perogol yang gemar memburuk-burukkan muka wanita dengan pisau — telah diancam olehnya. Dia berjaya menangkap Kepong Chai kemudiannya.

Menghapuskan AhliGeng Luku sunting

Pada 7 April 1976, DSP Kulasingam bersama Cif Inspektor I/2813 Gui Poh Choon telah menyerbu sebuah rumah di alamat No. 20, Jalan 20/7, Paramount Garden, Petaling Jaya, Selangor. Terdapat 4 orang perompak yang kejam di dalam rumah tersebut yang telah merompak sebuah kedai tukang emas sehari sebelumnya. DSP Kulasingam telah cedera ditembak di perutnya tetapi dia masih mampu melawan penjenayah dengan kecederaan tersebut. Dia terselamat daripada kecederaan serius dalam kejadian itu. Selepas kejadian itu, kedua-dua ahli polis tersebut telah dikurniakan Bintang Panglima Keberanian oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra oada tahun yang sama.

Ditembak oleh Botak Chin sunting

Seorang lagi penjenayah yang pernah diugut oleh DSP Kula secara terbuka ialah seorang penjenayah terkenal di Malaysia yang bernama Botak Chin aka Wong Swee Chin. Botak Chin telah merompak hampir RM300,000 selepas menembak seorang pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda di Kuala Lumpur. Kulasingam telah ditugaskan untuk memburu Botak Chin selepas rompakan tersebut. Keganasan Botak Chin meningkat pada 22 November 1975, apabila dia dan kumpulan penjenayahnya cuba membunuh DSP Kula di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jalan Davis, Kuala Lumpur. [2]

Kumpulan Botak Chin telah menyerang hendap kenderaan DSP Kula selepas mengekorinya dan mula melepaskan tembakan ke arah kenderaan anggota polis itu. Dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat 11 butir peluru yang kena kenderaannya, malah salah satu daripadanya menembusi tulang rusuk dan melalui hati, dan menembusi paru-parunya, sebelum bersarang dekat dengan tulang belakang DSP Kula.

Walaupun mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, DSP Kula berjaya menyelamatkan dirinya dari serangan hendap tersebut dan telah memandu sendiri ke balai polis Cheras. Pada 16 Februari 1976, Botak Chin telah ditangkap dan kumpulannya berikutan serbuan dan tembak-menembak di sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Kematian sunting

Pada 29 November 2007, Kulasingam telah meninggal dunia di hospital kerana kesihatan yang sudah uzur. [3]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Heart and Soul: Life and times of top cop ACP Kulasingam Sabaratnam". www.thestar.com.my.
  2. ^ "super cop who survived getting shot 11 times by botak chin". Says. 14 September 2021.
  3. ^ "Kulasingam dies at 77". The Star. 2007-11-30.
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Tahun 1968" (PDF).
  5. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Tahun 1976" (PDF).