Kumaresan Aramugam

ahli politik Malaysia

Kumaresan a/l Aramugam merupakan ahli politik Malaysia. Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau telah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mewakili Batu Uban sejak 2018.

Kumaresan Aramugam
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Batu Uban
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehJayabalan Thambyappa
(PRPKR)
Majoriti17,273 (2018)
16,708 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Kumaresan a/l Aramugam

MalaysiaPerak Batu Gajah, Perak
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
Tempat belajarSMK Sultan Yussuf
Universiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Pendidikan

sunting

Beliau berasal dari Batu Gajah, Perak. Beliau belajar di SMK Sultan Yussuf dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan daripada Universiti Sains Malaysia.

Semasa belajar di USM, beliau aktif dalam aktiviti kampus dan pernah menjadi Pengarah Publisiti Persatuan Kebudayaan India USM. Beliau juga merupakan kakitangan pelatih di pejabat Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen untuk Bayan Baru.[1]

Penyertaan dalam NGO

sunting

Beliau telah diberi peranan sebagai penyelaras Program Kewarganegaraan PKR di Pulau Pinang. Bersama-sama dengan N. Surendran, seorang peguam kemanusiaan, beliau telah menubuhkan pasukan petugas untuk membantu orang tanpa kerakyatan dan kanak-kanak mendapatkan kewarganegaraan mereka dan untuk bersekolah di Pulau Pinang.[2][3][4] Beliau merupakan Pengerusi Majlis Belia India Malaysia dan Pengerusi Pertubuhan Belia Hindu Bayan Baru.[1]

Politik

sunting

Beliau merupakan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang selama empat penggal dari 2014 hingga 2018 dan merupakan ahli termuda PKR. Beliau kini adalah Naib Presiden Majlis Pimpinan PKR Negeri Pulau Pinang dan Ketua AMK cabang Bayan Baru. Beliau merupakan Setiausaha PKR Cabang Bayan Baru dari 2013 hingga 2018 dan Ahli Exco AMK Kebangsaan dari 2014 hingga 2018.[1]

Kerjaya politik

sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (sejak 2018)

sunting

Pilihan raya negeri 2018

sunting

Pada pilihan raya negeri Pulau Pinang 2018, PH mencalonkan Kumaresan untuk bertanding bagi kerusi DUN Batu Uban, dan beliau memenangi kerusi itu. Beliau juga telah dipilih ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai ADUN Batu Uban untuk penggal pertama selepas menewaskan H'ng Chee Wey dari BN, Vikneswaran Muniandy dari PAS, Teoh Kok Siang dari MUP, dan Teoh Kean Liang dari PFP dengan majoriti 17,273 undi.

Pilihan raya negeri 2023

sunting

Kumaresan dicalonkan sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang 2023. Beliau telah dipilih ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai ADUN Batu Uban untuk penggal kedua selepas menewaskan Mok Kok On daripada PN dan Lee Kim Noor dari MUDA. Walaupun begitu, beliau perlu dipilih dengan majoriti yang berkurangan sedikit sebanyak 16,708.

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[5][6]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 N35 Batu Uban Kumaresan Aramugam (PKR) 21,079 79.47% Hng Chee Wey (Gerakan) 3,806 14.35% 26,523 17,273 83.08%
Vikneswaran Muniandy (PAS) 1,176 4.43%
Teoh Kok Siang (MUP) 116 0.44%
Teoh Kean Liang (PFP) 32 0.12%
2023 Kumaresan Aramugam (PKR) 22,773 76.83% Mok Kok On (Gerakan) 6,065 20.46% 29,641 16,708 68.41%
Lee Kim Noor (MUDA) 803 2.71%

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Kumaresan A/L Aramugam". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-06-11.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-13. Dicapai pada 2019-05-13.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-13. Dicapai pada 2019-05-13.
  4. ^ Mok, Opalyn (2018-01-11). "In Penang, stateless children appeal to be allowed to attend school". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-11.
  5. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
  6. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.