N. Surendran a/l K. Nagarajan ialah seorang peguam dan ahli politik Malaysia. Beliau pernah mejadi Ahli Parlimen Padang Serai selepas menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.[1] Beliau juga merupakan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dari 2010 hingga 2014.[2]

N. Surendran
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Serai
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehGobalakrishnan Nagapan
Digantikan olehKarupaiya Mutusami
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Lantikan)
Dalam jawatan
2010–2014
Berkhidmat dengan Chua Jui Meng dan Baru Bian
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Butiran peribadi
LahirN. Surendran a/l K. Nagarajan
ProfesionPeguam

Pendidikan sunting

Surendran memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam undang-undang dari Universiti London . Beliau kemudian menjadi ahli Msjlis Peguam Malaysia pada tahun 1994. Selepas menjadi peguam, beliau mempertahankan mangsa Hak Asasi Manusia dan kematian dalam tahanan seperti Kugan Ananthan , Aminulrasyid Amzah, Norizan Salleh, Francis Udayappan dan Sugumaran. [3]

Kehidupan peribadi sunting

Surendran dilahirkan di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Alor Setar, Kedah. Bapanya adalah ketua pos, dan dia mempunyai tiga adik-beradik.

Politik sunting

Pada 2013, Surendran diusir dari Parlimen selama 6 bulan kerana menghantar petisyen mengenai perobohan kuil-kuil Hindu.

Sekali lagi dia diarahkan keluar dari Parlimen oleh YDP Datuk Seri Pandikar Amin Mulia, selepas dia berkeras membentangkan petisyen untuk membahaskan isu kilang Lynas.

Digantung Parlimen 6 bulan sunting

Pada 19 Jun 2014, N Surendran digantung 6 bulan daripada menghadiri Dewan Rakyat kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat semasa mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen.Penggantungan itu kali kedua diterima Surendran di bawah usul sama kerana kesalahan hampir serupa. Pada 14 November 2013, N Surendran turut digantung enam bulan. Surendran mendakwa Parlimen di Malaysia gagal berfungsi dengan baik dan menuduh Dewan Rakyat bersifat kuku besi kerana tidak memberi hak bersuara kepada pembangkang. Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula sentiasa menolak apa sahaja usul pembangkang dan menjadikan Dewan Rakyat sebagai alat kepada kerajaan untuk mendahulukan apa sahaja dasar yang ingin dibawa parti pemerintah. [4][5]

Tuduhan hasutan kedua sunting

Pada 28 Ogos 2014, N Surendran didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Ia berhubung sebuah video di YouTube di mana dia didakwa mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan tuduhan liwat II terhadap ketua umum PKR itu. Video itu dirakam di Istana Kehakiman, Putrajaya antara jam 2 petang dan 4 petang 8 Ogos 2014.[6]

Pada 8 Ogos 2014, Surendran mempersoalkan tarikh rayuan kes Anwar ditetapkan secara tergesa-gesa iaitu pada 8 dan 9 September 2014 dan mendakwa seolah-olah wujud percubaan untuk memenjarakan .Oleh itu, 32 NGO menggesa agar Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria / Mahkamah Persekutuan menjalankan siasatan kerana kenyataan itu berunsur jenayah dan menghina mahkamah. [7]

Rujukan sunting

  1. ^ "Surendran diarah keluar Dewan Rakyat". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-08.
  2. ^ "Setahun Malaysia Baharu: Kepimpinan PKR lemah, perlu reformasi - Surendran". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-08.
  3. ^ "N. Surendran a/l K. Nagarajan". Demi Rakyat. Parti Keadilan Rakyat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-09. Dicapai pada 2014-06-19.
  4. ^ Hina Dewan Rakyat: N. Surendran digantung enam bulan
  5. ^ Dewan Rakyat gantung N. Surendran 6 bulan[pautan mati kekal]
  6. ^ Surendran berdepan tuduhan hasutan kedua
  7. ^ Kenyataan hina mahkamah: 32 individu mohon Surendran disiasat