Buka menu utama

Lynas Corporation Ltd ialah syarikat perlombongan nadir bumi Australia. Loji ini akan beroperasi pada September 2011 tetapi dibantah oleh penduduk tempatan diketuai oleh Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.

Lynas Corporation Ltd
Awam
IndustriPerlombongan
PendahuluYilgangi Gold NL
Ditubuhkan1983; 36 tahun yang lalu (1983)
PengasasNicholas Curtis
Ibu pejabatLynas Malaysia Sdn Bhd, PT17212, Jalan Gebeng 3, Kawasan Perindustrian Gebeng, 26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia, Sydney, Australia
Tempat dibekalkan
Australia, Malaysia, Singapura
KeluaranNadir bumi
Laman sesawangwww.lynascorp.com

Insiden kebocoran radioaktif Fukushima pada 21 Mac 2011 menambah kebimbangan penduduk tempatan. Beberapa sesi taklimat awam telah diadakan pada 2009 di Kuantan dan di Parlimen.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom belum mengeluarkan lesen pra operasi dikeluarkan kepada Lynas Corporation. Lynas Malaysia akan menerima bahan mentah dari firma Mount Weld di Australia Barat.

Lynas Corporation Ltd merupakan sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang di Pahang , melabur RM700 . Mereka menjelaskan bahawa loji ini akan digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pintar dan kenderaan hidbrid. RM4 bilion akan diprolehi dan menyediakan 350 peluang pekerjaan.

Ketika ini, syarikat China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung bekalan bahan mentah sehingga 95 % bekalan dari China. Loji ini akan menjadi loji terbesar di dunia selepas China. Ia akan mengeluarkan nadir bumi sehingga 22,000 tan pada 2013.[1]

Pengalaman Asian Rare Earth (ARE) di PerakSunting

Pada 1985, penduduk di Papan, Ipoh, Perak membantah radiasi daripada nadir bumi oleh Asian Rare Earth (ARE). Sisa radioaktif dari kilang ARE hendak ditanam di Papan.[2]

Bantahan awamSunting

Penduduk membantah kerana 11 syarat ketat yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) masih belum dipenuhi. Laporan IAEA juga tidak perlu kerana tidak menyimpan sebarang tenaga nuklear . Wartawan Karam Singh Walia menemubual Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Dr Che Rosli Che Mat yang menjelaskan bahawa radiasinya sangar rendah daripada asap rokok selama 4 jam. Namun ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyatakan pihaknya telah mendapatkan nasihat daripada ramai pakar termasuk pakar kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar. [3]

Pada 23 April 2011, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Lynas ditutup terus[4] bagi mengelak nasib Bukit Merah, Ipoh pada `1985 berulang.Presiden SAM, S.M. Mohamed Idris

Projek Lynas telah dipercepatkan untuk kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diberi kelulusan awal Februari 2008 juga. Ekoran bantahan penduduk itu, pameran Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Radiologi loji pemprosesan nadir bumi Lynas pada 30 Mei - 30 Jun 2011 di beberapa lokasi strategi. Antaranya di perpustakaan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang. Pameran turut diadakan di ibu pejabat Polis Pahang, Perpustakaan Negara Malaysia, Pondok Polis Kawasan Prindustrian Gebeng, Balai Penghulu Penghulu Mukim dan semua Pejabat Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Negeri Pahang.[5]

Pakar tempatan menyatakan kadar radioaktif torium pada bijih yang akan diimport adalah 0.16 peratus berbanding enam hingga lapan peratus yang ditunjukkan oleh beberapa laporan bebas kerajaan asing.Pengerusi Persatuan Peguam Pahang, Hon Kai Ping mahu tempoh kajian dilanjutkan. [6]

Pandangan IAEASunting

Pada Mei 2011, sembilan pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberi jaminan keselamatan loji nadir bumi ini.Standard kawalan serupa dengan pencemaran radioaktif di seluruh dunia termasuk di China. [7]

Pada 4 Mei 2011, Agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna setuju membentuk panel 5 atau 7 pakar untuk mengkaji tahap kesihatan dan keselamatan sekiranya projek itu diteruskan.[8] Sembilan pakar IAEA menyiasat pelbagai pihak selama dua dua hari .

Dr Tero Varjoranta dari Finland mengetuai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menjalankan kajian semula aspek keselamatan dan kesihatan loji Lynas. Varjoranta merupakan Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA. Pakar lain ialah Jan van der Steen (Belanda), Dr Leo M Lowe (Kanada),Dr P M Balagopala Pillai (India), Dr Dennis Wymer (UK), Ulric Schwela (Finland).Pakar dalaman IAEA ialah Dr Magnus Vesterlind (Sweden), Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) dan Hanna Kajander (Finland).Hiroko Raticliffe bertindak sebagai pembantu pentadbiran.[9]

RujukanSunting

Pautan luarSunting