Les Kafilas

(Dilencongkan dari Kumpulan Les Kafilas)


Kumpulan Les Kafilas merupakan sebuah kugiran yang aktif pada era 1960-an. Ia pernah merakamkan lagu pada piring hitam dengan penyanyi utamanya J. Rukimin, Hasnah Haron.

Les Kafilas
Album piring hitam kumpulan Les Kafilas
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapore
GenrePop yeh yeh
PekerjaanPemuzik
Tahun aktif1960-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Pada ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Les Kafilas pernah muncul dalam filem Kaca Permata arahan Dato` Jamil Sulong keluaran Shaw Brothers pada tahun 1966. Pelakon utama filem tersebut ialah Tan Sri Jins Shamsuddin dan Seniwati/Biduanita Normah Zainal. Lagu yang didendangkan sendiri oleh Normah Zainal dalam filem tersebut ialah Play Boy sebuah lagu rancak yang diiring oleh Les Kafilas.[1]

Antara lagu popular Les Kafilas ialah Ikan Todak dan Oh Kekasihku oleh J. Rukimin manakala Hasnah Harun dengan lagu hitsnya Bersedih.

Kumpulan Les Kafilas kemudiannya menukar nama menjadi Orkes Kafilas Boys ketika mereka mengiringi Mat Sentol dalam lagu terkenal Anak Dara, Mak Janda, dan Janda Muda.

Lagu-lagu Sunting

  • Meunggu (J. Rukimin)
  • Sabar Menanti (J. Rukimin)
  • Ikan Todak (J. Rukimin)
  • Oh Kekasihku (J. Rukimin)
  • Bersedih (Hasnah Harun)
  • Normah (1969)


Rujukan Sunting

Pautan luar Sunting