Roses (kumpulan muzik)
Kumpulan Roses merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Roses | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | rock |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 1990-an |
Syarikat rakaman | P & C 1991 FMG Sdn Bhd |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | Ozzy Aza Dan Sarip |
Kumpulan Roses menghasilkan satu album pada tahun 1991 dengan judul Roses. Bertapak di Studio Wasiat Kompleks Wilayah, Kuala Lumpur.
Selepas ia berpecah, beberapa anggotanya menubuhkan Kumpulan Panji, kumpulan Fancy, dan juga kumpulan Voice.
Ahli-ahli
suntingIa dianggotai oleh empat orang pemuda dengan penampilan rock berambut panjang.
- Ossi (Rozzi Panji) --Drums,
- Aza -- Bassist,
- Dan -- Guitar,
- Sarip@Lin -- Vocalist
Diskografi
suntingKumpulan ROSES diasaskan pada tahun 1987 oleh adik beradik Ajis Vokal dan Samad Bass di Kuala Lumpur.
Mereka kemudiannya disertai oleh Nasir Gitar dan Nas Dram. Seperti kebanyakan kumpulan lain di zaman permulaannya, Roses banyak menerima undangan persembahan di majlis kahwin serta keramaian malah sejauh Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Namun akibat komitmen kerja Nas dan Nasir terpaksa meninggalkan Roses dan tempat mereka telah digantikan oleh Dan, seorang gitaris dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan Alif di posisi Dram.
Dengan barisan ahli baru ini menandakan permulaan Roses generasi kedua, yang lahir sekitar 1989 yakni sewaktu demam thrash metal mula melanda negara.
Roses mula membawa lagu2 cover yang lebih keras dan berat dari Megadeth, Slayer, Motley Crue, DRI dan Metallica. Malah merupakan pengunjung setia Studio Wasiat Kompleks Wilayah Kuala Lumpur di mana Studio tersebut merupakan tempat latihan wajib mereka setiap minggu.
Di saat ini juga Gitaris Dan mula mengarang lagu sendiri yang dipengaruhi keagresifan muzik heavy dan thrash metal, malah mereka juga bergiat aktif menjelajah pertandingan2 rock yang sedang meriah pada zaman itu.
Persembahan Roses yang amat padat menjadi buah mulut ramai rockers pada zaman itu antaranya drummer mereka Alip yang pernah diberi gelaran antara dramer terbaik di Kompleks Wilayah, membanting lagu2 keras.
Namun jodoh Samad dan Ajis bersama Roses tidak kekal lama di mana pada tahun 1990 adik beradik pengasas Roses telah membuat keputusan untuk berhenti bermain muzik seketika.
Mereka mengamanahkan kepada Dan untuk meneruskan perjuangan dan tempat mereka telah digantikan oleh Reza dari kumpulan Analisa dan TJ dari kumpulan Classmates.
Menerusi kontrak rakaman TJ yg masih bersisa, Roses mendapat peluang rakaman album di bawah syarikat rakaman Fantasia Musik Grup atau FMG dengan penerbitan album diserahkan kepada komposer yang sedang popular pada masa itu kerana menerbitkan album Dinamik, Afzainizam Ismail.
Mereka telah bertolak ke Singapura untuk sesi rakaman pada awal 1991 namun belum sempat rakaman dibuat, Alif membuat keputusan untuk meninggalkan Roses.
Tempat Alif sempat digantikan oleh ossi@Rozzi Panji dari kumpulan rock Terengganu Susila. Belum reda dari satu tragedi, TJ pula telah digantikan oleh vokalis baru bernama Sarip@Lin yang dibawa masuk oleh pihak penerbit, malah banyak lagu2 asal Roses juga terpaksa dibuang dan diubahsuai semula atas nilai komersial. Hal ini membuatkan Reza berasa tidak senang dengan apa yang terjadi lantas serta merta membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia dan meninggalkan kumpulan Roses.
Terkapai2 tanpa ahli yang cukup, rakaman terpaksa diteruskan dengan menggunakan khidmat sessionist akibat kesuntukan masa dan demi menjimatkan kos.
Setelah selesai rakaman dan Roses memerlukan ahli yang lengkap untuk sesi penggambaran serta promosi album, ossi@Rozzi Panji dan Dan telah menjemput rakan mereka Azza untuk mengisi posisi Bass. Menjadikan Roses lengkap 4 ahli semula.
Dengan barisan yang lengkap ini maka terbentuklah Roses generasi keempat yakni Roses terakhir. Akhirnya setelah pahit getir yang dilalui, album Roses lahir ke pasaran pada tahun 1991.
Album Roses terbit pada tahun di mana persaingan bagi album rock tersangat sengit, akibat terlalu banyak lambakan kumpulan rock melahirkan album pada masa itu.
Album Roses tidak berapa mendapat perhatian para peminat rock, tambahan lagi promosi dari pihak syarikat yang sedikit hambar juga membantutkan jualan serta aktiviti Roses.
Sepanjang barisan ahli Roses generasi ke-4 ini, mereka hanya sempat beraksi satu kali sahaja di Pesta Shah Alam. Dan selaku ahli asal terakhir Roses berasa bahawa perjuangan Roses sudah sampai ke penghujungnya, kecewa dengan apa yg terjadi menerusi penerbitan album setelah beberapa lama berjuang untuk Roses,
Gitaris Dan telah berkeputusan untuk bersara terus dari muzik, namun belum sempat membuat keputusan, beliau telah dijemput oleh Bassis kedua Roses iaitu Reza untuk menyertai satu projek baru bersama2.
Dan tertarik untuk turut serta dalam projek baru ini kerana ia bakal membawa semangat lama Roses semula serta lagu2 original Roses akhirnya berpeluang untuk diterbitkan.
Ahli Roses yang tinggal iaitu Azza telah menyertai kumpulan Fancy pada tahun 1992. Vokalis Sarip@Lin balik Muar dan bekerja di Majlis Perbandaran muar, Johor.
Drummer Rozzi Panji pula kemudiannya mengasaskan kumpulan Panji bersama Azam Dungun, membawakan konsep unik Rock Etnik Kemelayuan pada 1993 dan sempat merakamkan 2 buah album bersama Panji.
Album
sunting- Roses - (1991)
Lagu-lagu
suntingRoses '91 - (1991)
sunting- Puisiku Pun Ternoda
- Wajah Pendusta
- Tangisan Terakhir
- Ulat Bulu
- Aku Yang Benar
- Erti Kehilangan
- Suntikan Glamour
- Sepi Menentang Jua
- Debu-Debu Liar
- Gurun Cinta