Kurt Vogel Russell (lahir 17 Mac 1951) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Beliau mula berlakon pada usia 12 tahun dalam siri Barat The Travels of Jaimie McPheeters (1963–1964). Pada akhir 1960-an, beliau menandatangani kontrak sepuluh tahun dengan The Walt Disney Company di mana, menurut Robert Osborne, Russell menjadi bintang teratas studio pada tahun 1970-an.[6]

Kurt Russell
Kurt Russell by Gage Skidmore 2.jpg
Russell di San Diego Comic-Con 2016
Kelahiran
Kurt Vogel Russell

(1951-03-17) 17 Mac 1951 (umur 69)
PendidikanSekolah Tinggi Thousand Oaks
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1962–kini
PasanganSeason Hubley (k. 1979; c. 1983)
PasanganGoldie Hawn (1983–kini)
Anak2, termasuk Wyatt Russell
Ibu bapaBing Russell

Russell telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Filem untuk persembahannya dalam Silkwood (1983). Pada tahun 1980an, beliau berlakon dalam beberapa filem arahan John Carpenter, termasuk peranan anti-wira seperti anggota tentera dan perompak Snake Plissken dalam filem aksi futuristik Escape from New York (1981), dan kesinambungannya Escape from L.A. (1996), juruterbang helikopter R.J. MacReady dalam pembikinan semula filem seram The Thing (1982), dan pemandu trak Jack Burton dalam filem aksi komedi gelap kung-fu Big Trouble in Little China (1986). Beliau dicalonkan untuk Anugerah Emmy untuk filem televisyen Elvis (1979), juga arahan Carpenter.

Russell berlakon dalam filem lain, termasuk Overboard (1987), Tango & Cash (1989), Backdraft (1991) Tombstone (1993), Stargate (1994), Miracle (2004), Sky High (2005), Death Proof (2007), The Hateful Eight (2015), Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017) dam Once Upon a Time in Hollywood (2019). Beliau juga telah muncul dalam francais The Fast and the Furious, telah berlakon dalam Furious 7 (2015) dan The Fate of the Furious (2017).[7][8]

RujukanSunting

  1. ^ Diamond, Jamie (February 20, 2003). "At Home With: Kurt Russell and Goldie Hawn; Leather, Lace and Plenty of Ice". The New York Times. Dicapai pada May 28, 2018.
  2. ^ Janet O'Grady (May 21, 2013). "During an intimate dinner at Kurt Russell's Old Snowmass ranch, the actor talks about the connections among movies, life and his newest passion—winemaking". Modern Luxury. Dicapai pada May 28, 2018.
  3. ^ Nancy Collins (May 17, 2017). "Look Inside Goldie Hawn and Kurt Russell's Light-Filled Manhattan Home". Architectural Digest. Dicapai pada May 28, 2018.
  4. ^ Lindsay Lowe (February 15, 2017). "See Inside! Goldie Hawn and Kurt Russell Sell Their California Mansion for $7 Million". Parade. Dicapai pada May 28, 2018.
  5. ^ Meeks, Eric G. (2012). Palm Springs Celebrity Homes: Little Tuscany, Racquet Club, Racquet Club Estates and Desert Park Estates Neighborhoods. Horatio Limburger Oglethorpe. m/s. 452 (location number). ASIN B00A2PXD1G.
  6. ^ Introduction by Robert Osborne to the TCM premiere of The Barefoot Executive, April 13, 2007.
  7. ^ Taylor, Drew (March 18, 2015). "This Exclusive 'Furious 7' Scene Will Really Rev Your Engine (VIDEO)". The Moviefone Blog. Diarkib daripada yang asal pada May 20, 2015. Dicapai pada May 25, 2015.
  8. ^ McCarthy, Tyler (April 1, 2015). "'Furious 7' Cast Member Kurt Russell Reveals Plot Details, Teases Eighth Movie [VIDEO]". International Business Times. Dicapai pada May 25, 2015.

BibliografiSunting

  • Holmstrom, John. The Moving Picture Boy: An International Encyclopaedia from 1895 to 1995. Norwich, Michael Russell, 1996, p. 291-292.

Pautan luarSunting