The Walt Disney Company
The Walt Disney Company NYSE: DIS) ialah sebuah syarikat korporasi media dan hiburan ketiga terbesar di dunia selepas Time Warner di tempat kedua dan News Corporation di tempat teratas. Syarikat yang diasaskan pada 16 Oktober 1923 oleh adik-beradik Walt dan Roy Disney sebagai studio animasi kecil ini, telah menjadi salah sebuah studio Hollywood yang terbesar, serta pemilik sebelas buah taman tema dan sebilangan rangkaian televisyen, termasuk American Broadcasting Company (ABC).
![]() | |
![]() Ibu pejabat korporat di Burbank, California | |
Nama dahulu |
|
---|---|
Awam | |
| |
ISIN | US2546871060 ![]() |
Industri | |
Pendahulu | Laugh-O-Gram Studio |
Ditubuhkan | 16 Oktober 1923 |
Pengasas | |
Ibu pejabat | 500 South Buena Vista Street, Burbank, California, Amerika Syarikat |
Tempat diberi khidmat | Seluruh dunia |
Tokoh penting |
|
Keluaran | Televisyen kabel, penerbitan, filem, muzik, permainan video, taman hiburan, penyiaran, radio, portal web |
Perkhidmatan | Perlesenan |
Hasil | ▲ AS$59.434 bilion (2018)[1] |
▲ AS$15.706 bilion (2018)[1] | |
▲ AS$12.598 bilion (2018)[1] | |
Jumlah aset | ▲ AS$98.598 bilion (2018)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲ AS$52.832 bilion (2018)[1] |
Bilangan kakitangan | 201,000 (30 September 2018)[2] |
Pembahagian | |
Marvel Entertainment | |
Laman web rasmi | thewaltdisneycompany.com |
Ibu perjabat korporat dan prasarana penerbitan utama Disney terletak di Walt Disney Studios (Burbank), California.
Syarikat ini ialah satu komponen Dow Jones Industrial Average dan hasil pendapatannya sebanyak $34.3 billion pada tahun 2006.
PeganganSunting
Studio hiburanSunting
Sehingga tahun 1955, satu-satunya perniagaan Disney ialah penerbitan wayang gambar. Disney Studio Entertainment, sering dikenali sebagai Walt Disney Studios, merangkumi studio-studio perfileman dan animasi, label rakaman dan pementasan teater gaya Broadway milik Disney.
Sejak tahun 2002, Disney Studio diketuai pengerusinya Dick Cook.
- Walt Disney Motion Pictures Group: studio filem Disney yang merangkumi label-label Walt Disney Pictures, Touchstone Pictures, Hollywood Pictures, Miramax
- Walt Disney Animation Studios dan Pixar Animation Studios: Studio-studio animasi Disney' yang beroperasi secara bebas daripada satu sama lain
- Walt Disney Studios Motion Pictures: mengedar dan memasarkan wayang gambar syarikat di Amerika Syarikat
- Walt Disney Motion Pictures Internationally: mengedar wayang gambar syarikat di peringkat antarabangsa
- Walt Disney Home Entertainment: mengedar wayang gambar syarikat ke pasaran sewa dan runcit
- Walt Disney Records: mengeluarkan runut bunyi muzik dan filem asli di bawah empat label
- Disney on Broadway: mengeluaran pertunjukan ala Broadway Disney
- Disney Live Family Entertainment: menerbit pertunjukan Disney on Ice
- DisneyToon Studios
Rangkaian mediaSunting
Unit Rangkaian Medianya berpusatkan rangkaian televisyen American Broadcasting Company (ABC) yang dibeli syarikat ini melalui penggabungan dengan Capital Cities/ABC pada tahun 1996. Harta-harta milikan termasuk:
- Walt Disney Television
- ABC Studios (dahulunya Touchstone Television)
- ABC Entertainment
- Disney-ABC Domestic Television (dahulunya Buena Vista Television)
- ESPN
- Walt Disney Internet Group
Disney juga memiliki sekumpulan rangkaian kabel termasuk:
- Disney Channel
- ABC Family
- Toon Disney
- Kumpulan ESPN
- SOAPnet
Disney juga memegang kepentingan besar dalam Lifetime (50%), A&E (37.5%), E! (40%, baru-baru ini dijual kepada Comcast), dan Jetix Europe N.V. (74%). Disney juga memiliki 25% syarikat GMTV yang mengendali Breakfast Programmes di ITV, di UK dan 50% Super RTL di Jerman.
Melalui ABC, Disney juga memiliki 10 stesen televisyen tempatan, 2 stesen radio tempatan, dan ESPN Radio, dan Radio Disney. Walaupun rangkaian ABC Radio telah dijual bersama harta-harta lain ke Citadel Broadcasting, (yang mengedar buletin berita oleh ABC News), pemegang saham Disney kini memiliki 57% Citadel. Disney-ABC Domestic Television yang juga sebahagian unit Rangkaian Media, menerbitkan rancangan televisyen sindiket seperti Who Wants to Be a Millionaire, Live with Regis and Kelly, dan At the Movies with Ebert & Roeper.
Disney juga mengendali syarikat penerbitan buku sendiri, iaitu Hyperion, serta Walt Disney Internet Group (WDIG) melalui Media Networks. Baru-baru ini Hyperion telah menerbitkan buku-buku oleh pelawak Steve Martin dan pengarang masyhur Mitch Albom. WDIG merangkumi portal web Go.com, enjin gelintar Infoseek yang dibeli WDIG ini pada tahun 1998, dan laman-laman web peneraju seperti Disney.com, ESPN.com, ABCNews.com dan Movies.com. Pada Mac 2007, adalah dilaporkan bahawa Disney hendak melancarkan laman Web baru, iaitu Disney Family http://newsmax.com/archives/articles/2007/3/13/75712.shtml, iaitu laman setempat untuk ibu bapa. [3]
Pada 31 Ogos 2009, syarikat ini mengumumkan kesepakatan untuk mengakuisisi Marvel Entertainment sebesar $ 4 bilion, dengan Marvel pemegang saham untuk menerima $ 30 dan tentang saham Disney sebanyak 0,745 untuk setiap saham Marvel mereka sendiri.[4] Pengundian untuk transaksi dijadualkan berlaku pada tarikh 31 Disember 2009.[5] Pengundian berlaku pada tarikh 31 Disember 2009 dan merger diluluskan.[6] Pengambilalihan Marvel diselesaikan jam selepas pengundian pemegang saham pada tarikh 31 Disember 2009.[7]
Pustaka filem dan televisyenSunting
Syarikat Walt Disney memiliki sebuah pustaka filem dan televisyen yang kecil tetapi banyak simpanannya. Selain filem dan rancangan televisyen terbitan label Walt Disney, Touchstone, Hollywood dan Miramax; Disney turut memiliki pustaka filem Dimension pra-2005. Setelah membeli ABC/Capital Cities, syarikat ini meraih hak terhadap kebanyakan pustaka filem dan televisyen ABC/Capital Cities (termasuk kebanyakan filem Selznick International Pictures dan Selmur Productions) dan sebilangan banyak rancangan ABC pra-Disney. Apabila membeli Muppets ciptaan Jim Henson, Disney turut membeli hak untuk filem-filem yang dibintangi Muppets dan rancangan televisyen The Muppet Show dari Columbia Pictures. Disney juga membeli filem-filem individu; seperti versi 1940 filem Swiss Family Robinson dari RKO dan versi filem bisu Peter Pan yang asalnya dikeluarkan oleh Paramount Pictures.
Barangan penggunaSunting
- Disney Consumer Products
- Disney Store
- Jim Henson's Muppets
- Disney Interactive Studios
- Marvel Entertainment
Taman temaSunting
Pengurusan Eksekutif TertinggiSunting
- Robert Iger (Presiden dan CEO)
- Roy E. Disney (Penasihat dan Pengarah)
- Thomas O. Staggs (Naib Presiden Eksekutif Kanan dan CFO)
- Alan N. Braverman (Naib Presiden Eksekutif Kanan, Peguam Am)
- John Lasseter (Ketua Pegawai Kreatif Walt Disney Animation Studios dan Pixar Animation Studios)
- Zenia Mucha (Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat)
Lembaga pengarah kiniSunting
- Susan Arnold
- John Bryson
- John S. Chen
- Judith Estrin
- Robert Iger (CEO)
- Steve Jobs
- Fred Langhammer
- Aylwin Lewis
- Monica Lozano
- Robert Matschullat
- John E. Pepper, Jr. (Pengerusi)
- Orin C. Smith
- Roy E. Disney (Pengarah Emeritus tanpa hak undi)
Ketua-ketua bahagian kiniSunting
- Walt Disney International - Andy Bird
- Walt Disney Parks and Resorts - Jay Rasulo
- Walt Disney Imagineering - Bruce Vaughn
- Walt Disney Creative Entertainment - Anne Hamburger
- Walt Disney Imagineering - Bruce Vaughn
- Walt Disney Studios - Dick Cook (Pengerusi Studio)
- Disney Consumer Products - Andy Mooney
- Disney Media Networks
- Disney-ABC Television Group - Anne Sweeney, pengerusi bersama Rangkaian Media
- ESPN - George Bodenheimer, pengerusi bersama Rangkaian Media
Pengerusi-pengerusi LembagaSunting
- 1945-1960: Walt Disney
- 1945-1971: Roy O. Disney (Pengerusi Bersama 1945-1960)
- 1971-1980: Donn Tatum
- 1980-1983: Card Walker
- 1983-1984: Raymond Watson
- 1984-2004: Michael Eisner
- 2004-2006: George J. Mitchell
- 2007-kini: John E. Pepper, Jr.
Naib Presiden LembagaSunting
- 1984-2003: Roy E. Disney
- 1999-2000: Sanford Litvack (Naib Pengerusi Bersama) [8]
CEOSunting
- 1968-1971: Roy O. Disney
- 1971-1976: Donn Tatum
- 1976-1983: Card Walker
- 1983-1984: Ron W. Miller
- 1984-2005: Michael Eisner
- 2005-kini: Robert Iger
COOSunting
Jawatan rasmi Ketua Pegawai Operasi tidak diwujudkan sehingga kemasukan Wells dan Eisner yang mana Eisner mengambil jawatan Pengerusi dan CEO sementara Wells menjadi Presiden dan COO.
- 1984-1994: Frank Wells
- 1995-1998: Michael Ovitz
- 1999-2000: Sanford Litvack (pemangku COO)
- 2000-kini: Robert Iger
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ a b c d e https://www.thewaltdisneycompany.com/wp-content/uploads/2018/11/q4-fy18-earnings.pdf
- ^ https://seekingalpha.com/filing/4247523
- ^ Disney to Launch Web Site Aimed at Moms
- ^ "Disney to Acquire Marvel Entertainment for $4B". Marketwatch. Dicapai pada 2009-08-31.
- ^ Marvel Sets Date for Disney Vote, Los Angeles Business Journal, 3 Disember 2009
- ^ Marvel Shareholders OK Disney Acquisition, Marketwatch, 31 Disember 2009
- ^ Disney Completes Marvel Acquisition, Fox Business, 31 Disember 2009
- ^ New York Times Article regarding Stanford Litvack