Roy O. Disney
Roy Oliver Disney (24 Jun 1893 – 20 Disember 1971), bersama adiknya Walt Disney, merupakan pengasas bersama perniagaan yang kini dikenali sebagai The Walt Disney Company. Setelah Walt meninggal dunia, Roy menjadi pengerusi syarikat ini. Roy bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan (1929–1971; tetapi gelaran CEO hanya diraih pada 1968) presiden (1945–1971), dan pengerusi (1966–1971).
Roy O. Disney | |
---|---|
Kelahiran | Roy Oliver Disney 24 Jun 1893 |
Meninggal dunia | 20 Disember 1971 Burbank, California, A.S. | (umur 78)
Pekerjaan | Ketua pegawai eksekutif |
Pasangan | Edna Francis (k. 1925–1971) |
Anak-anak | Roy E. Disney (1930-2009) |
Ibu bapa | Elias Disney Flora Call Disney |
Hubungan | Walt Disney (adik) |
Biografi
suntingRoy dilahirkan kepada pasangan Elias dan Flora Call Disney di Chicago, Illinois. Beliau beristerikan Edna Francis (1890-1984)[1] sejak April 1925; anak tunggal mereka[2] ialah Roy Edward Disney yang lahir pada 10 Januari 1930. Roy dan adiknya Walt memesan dan membina rumah bina sendiri dari Pacific Ready Cut Homes (sebuah syarikat Los Angeles). Pada tahun 1928, mereka membina rumah masing-masing bersebelahan di Lyric Avenue. Rumah-rumah mereka diubah suai dan diperbesarkan sedikit, sehingga tidak begitu memadani rumah asal yang dipaparkan dalam katalog Pacific Ready Cut Homes.
Walt menjadi tukang daya cipta, manakala Roy bertanggungjawab memastikan syarikat mereka teguh kewangannya; mereka berdua adik-beradik ini bersama-sama menubuhkan Disney Studios, tetapi pada tahun 1929, Walt membeli habis kebanyakan saham Roy, dan tidak menjadi penerbit seperti Max dan Dave Fleischer dari syarikat pesaingnya, Fleischer Studios.
Setelah Walt Disney meninggal dunia pada 1966, Roy menangguhkan persaraannya untuk menyelia pembinaan taman hiburan Disney World, lalu menamakannya sebagai Walt Disney World sebagai penghormatan kepada mendiang adiknya.
Setelah Walt Disney World berjaya dibuka pada Oktober 1971, akhirnya Roy Disney bersara. Beliau pernah mengadu ada tompok di sebelah matanya, dan sepatutnya berjumpa dengan optometris untuk preskripsi cermin mata baru. Beliau ditemui dalam keadaan rebah dan kebingunan, berhampiran katilnya oleh ahli keluarga; beliau mati akibat angin ahmar. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills.
Penghormatan
suntingSebuah patung Roy O. Disney yang duduk bersebelahan Minnie Mouse atas bangku taman terletak di bahagian Town Square di Main Street, U.S.A. di Magic Kingdom, Walt Disney World, Florida. Patung ini ada pendua yang terletak di luar bangunan Team Disney di ibu pejabat korporat Disney di Burbank, California. Roy O. Disney ialah bapa kepada Roy E. Disney yang meninggal pada Disember 2009.
Rujukan
sunting- ^ "Disney's Magic Makers: Edna Francis Disney". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-01. Dicapai pada 2010-04-07.
- ^ The Windows on Main Street: Roy E. Disney
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Roy O. Disney |
- Roy O. Disney di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Roy and Walt and Disneyland and Pacific Ready-cut Homes Diarkibkan 2012-05-02 di Wayback Machine
Jawatan perniagaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh First CEO |
Disney CEOs 1945–1971 |
Diikuti oleh: Donn Tatum |
Didahului oleh Walt Disney |
Disney Presidents 1966–1968 |
Diikuti oleh: Donn Tatum |
Didahului oleh Walt Disney |
Disney Chairmen 1964–1971 |
Diikuti oleh: Donn Tatum |