Disney+ (disebut Disney Plus)[1][2][3] ialah perkhidmatan langganan video atas permintaan Amerika Syarikat dimiliki dan dikendalikan oleh Walt Disney Direct-to-Consumer & International, suatu cabang daripada The Walt Disney Company.

Disney+
Disney+ logo.svg
JenisPlatform OTT
Ibu pejabatLos Angeles, California, Amerika Syarikat
Kawasan yang dipasarkanAmerika, Eropah Barat dan beberapa bahagian di Asia-Pasifik dan Indo-Pasifik (lihat senarai penuh)
PresidenMichael Paull
IndukThe Walt Disney Company
(Walt Disney Direct-to-Consumer & International)
Laman webdisneyplus.com
Dilancarkan12 November 2019; 3 tahun yang lalu (2019-11-12)
Status terkiniAktif

Ia bertumpu kepada kandungan filem dan televisyen dari Walt Disney Studios dan Walt Disney Television.[4] Filem dan siri televisyen asal berdasarkan harta intelek baru dan sedia ada juga dirancang termasuk kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm, National Geographic dan Star. Perkhidmatan ini bersaing dengan perkhidmatan langganan penstriman video lain seperti Netflix, Apple TV+, dan Amazon Prime Video dan akan melengkapkan ESPN+ dan Hulu sebagai sebahagian daripada strategi over-the-top Disney.

Ia dilancarkan di Kanada, Amerika Syarikat dan Belanda pada 12 November 2019. Indonesia merupakan negara pertama dalam rantau Nusantara mendapatkan perkhidmatan ini melalui klien Hotstar hasil pembelian Walt Disney Company dari Star India.[5] Singapura dan Malaysia menyusul mendapatkan perkhidmatan ini pada 2021 melalui platform STAR;[6] namun Malaysia boleh mendapat akses langganan pra-lancar seawal 2019.[7]

Perkhidmatan ini dibangun berdasarkan kandungan terbitan studio-studio hiburan Disney termasuk Walt Disney Pictures, Walt Disney Animation Studios, Pixar, Lucasfilm, Marvel Studios, National Geographic, dan filem-filem tertentu dari 20th Century Fox, Searchlight Pictures, Hollywood Pictures, dan Touchstone Pictures.[8] Ia akan beroperasi bersama Hulu, Dimana Disney menjadi pemegang saham pengendali setelah pembelian 21st Century Fox.[9] Bob Iger mengatakan bahawa Disney+ bakal berfokus ke hiburan bertemakan keluarga (dan tidak berfokus ke filem berating R atau TV-MA) dan Hulu akan tetap berorientasi pada hiburan umum.[10] Hulu pula akan menjadi perkhidmatan tambahan bagi Disney+.[11]

Pustaka kandunganSunting

Disney+ dijangka akan memiliki sekitar 7,000 episod siri televisyen dan 500 filem,[12] termasuk kandungan dari Disney, Marvel, Pixar, Lucasfilm, 20th Century Studios, dan National Geographic, Juga pelbagai siri televisyen asal dan filem asal dari Disney Channel, dan Freeform, dan juga beberapa tajuk dari 20th Television, dan ABC Studios.[13] Namun perkhidmatan ini juga akan mencakupi beberapa tajuk dari rancangan yang diperoleh dari luar syarikat penerbitan yang tidak secara langsung dibuat oleh Disney atau anak-anak syarikat (seperti eOne's PJ Masks, ia disiarkan di Disney Junior, dengan musim 1 dan 2 tersedia semasa pelancarkan, dan musim 3 dan 4 tersedia semasa semua episod musim tersebut telah ditayangkan). Beberapa filem terbaru dari 20th Century Studios (termasuk filem terbaru Blue Sky iaitu Spies In Disguise) tidak akan hadir baik di Disney+ mahupun Hulu atas kesepakatan penerbitan Fox dengan HBO sehingga 2022.[14] Captain Marvel, Dumbo, dan Avengers: Endgame menjadi filem Disney yang ditayangkan di panggung pertama kali ditayangkan secara eksklusif oleh Disney+.[15] Iger menyatakan bahawa pada akhirnya Disney+ akan menjadi hos untuk semua perpustakaan filem-filem keluaran Disney. Namun, pada 7 November 2019. The Hollywood Reporter menyatakan bahawa kandungan yang berpotensi menimbulkan kontroversi seperti Song Of The South dan beberapa adegan tertentu dari Dumbo (1941) dan Toy Story 2 akan disunting; yang pertama tidak pernah dikeluarkan dalam kaset di AS, tetapi yang dua terakhir telah tersedia tanpa disunting pada kaset selama bertahun-tahun.[16] Dumbo dan beberapa filem Disney akhirnya muncul di Disney+ tanpa disunting, tapi memberikan peringatan pada halaman "Detail" di dalam perkhidmatan ini.[17] Perkhidmatan ini juga memegang hak perkhidmatan penstriman eksklusif terhadap The Simpsons dengan musim 1-30 tersedia semasa dilancarkan.[18]

Awalnya tidak diketahui jika enam filem dari francais Star Wars akan hadir tersedia di Amerika Syarikat semasa pelancaran perkhidmatan ini memandangkan TBS memegang hak perkhidmatan penstriman sehingga 2024 sebagai sebahagian hak televisyen kabel dipersetujui terhadapnya.[19] Namun pada 11 April 2019, ia diumumkan bahawa filemnya akan hadir di samping pelancaran bersama The Force Awakens dan Rogue One.[20] Dengan The Last Jedi akan ditambah pada 25 Disember 2019. Solo dan The Rise Of Skywalker akan tersedia di tahun pertama perkhidmatannya. Hak tayangan The Force Awakens (dan beberapa filem Disney lain) dimiliki oleh rangkaian televisyen premium Starz (kerana sebelumnya mereka ialah penyedia perkhidmatan berbayar untuk keluaran Walt Disney Studios antara 1994 dan 2015). Untuk mendapatkan perlesenan hak penstriman, bahawa Disney dilaporkan telah bersetuju menyediakan penempatan iklan untuk Starz pada akhir proses pendaftaran untuk Disney+ dan ESPN+ pada platform PC dan Android. Tidak akan ada iklan Starz (atau sebarang iklan) yang akan dimasukkan dalam perkhidmatannya.[21]

Di Amerika Syarikat, kebanyakan filem dari Marvel Cinematic Universe tersedia semasa pelancaran, dengan pengecualian empat filem. Diantaranya Thor: Ragnarok, Black Panther (dikeluarkan pada 4 Mac 2020), Avengers: Infinity War (dikeluarkan pada 25 Jun 2020), dan Ant-Man And The Wasp (dikeluarkan pada 29 Julai 2020), kerana ada perjanjian pelesenan dengan Netflix; Dan tiga filem lain The Incredible Hulk, Spiderman: Homecoming, dan Spiderman: Far From Home tidak tersedia kerana hak edarannya masing-masing dimiliki oleh Universal Pictures dan Sony Pictures.[22]

Kandungan penerbitan asalSunting

Siri televisyen asal yang berasal dari Marvel dan Star Wars sedang dibuat, termasuk lapan siri televisyen Marvel Cinematic Universe baru, diantaranya The Falcon And The Winter Soldier, WandaVision, Loki, Siri animasi What If?, Hawkeye, Ms. Marvel, Moon Knight, dan She-Hulk.[23] Dari aset Star Wars diantaranya The Mandalorian, siri televisyen berfokus pasca kejadian The Return Of The Jedi dan sebelum The Force Awakens, siri televisyen terbitan turunan yang saat ini belum memiliki judul berfokus pada kisah Cassian Andor dari Rogue One, musim ketujuh dari siri animasi Star Wars: The Clone Wars, dan siri yang belum memiliki judul yang dibintangi oleh Ewan McGregor sebagai Obi-Wan Kenobi, mengulangi wataknya dari prekuel trilogi.[24] Rencana awal kandungan asal ini dirancang membuat empat hingga lima filem asal dan lima siri televisyen asal dengan anggaran mulai dari $25-100 juta. Pada Januari 2019, dilaporkan bahawa Disney akan menghabiskan anggaran hingga $500 juta dalam kandungan asal di perkhidmatan ini.[25] The Mandalorian sendiri dikahbarkan menghabiskan anggaran sekitar $100 juta.[26]

KetersediaanSunting

 
  Tersedia
  Tersedia sebagai Disney+ Hotstar
  Disahkan untuk pelancaran
  Edaran pihak ketiga
  Tiada pelancaran atau pengumuman terkini
Senarai pelancaran
Tarikh pelancaran Negara/Daerah Rakan bersama
November 12, 2019[a]   Kanada
  Belanda
  Amerika Syarikat Verizon[27]
November 19, 2019   Australia
  New Zealand
  Puerto Rico
Mac 24, 2020[28]   Austria
  Jerman Telekom[29]
  Republik Ireland[b] Sky[30]
  Itali TIMvision[30]
  Sepanyol Movistar+[31]
   Switzerland
  United Kingdom[b] Sky[30]O2[32]
April 2, 2020[33] Kepulauan Channel
  Isle of Man
April 3, 2020[34][c]   India Hotstar
April 7, 2020[36]   Perancis Canal+
April 30, 2020[37][38]   Monaco
  New Caledonia Canal+ Calédonie
  Hindia Barat Perancis Canal+ Caraïbes
Jun 11, 2020   Jepun[d] NTT Docomo
September 5, 2020[39]   Indonesia Hotstar, Telkomsel[40]
September 15, 2020   Belgium
  Denmark
  Finland
  Iceland
  Luxembourg
  Norway
  Portugal
  Sweden
Oktober 2, 2020[41]   Mauritius Canal+ Maurice
November 17, 2020 Amerika Latin
Februari 23, 2021   Singapura StarHub, Singtel TV
Jun 1, 2021   Malaysia Hotstar, Astro
Jun 30, 2021   Thailand Hotstar, AIS
November 12, 2021   Korea Selatan LG Uplus
  Taiwan Taiwan Mobile
November 16, 2021   Hong Kong Hong Kong Broadband Network
Ogos 2022   Turki
2022[42] Eropah Timur
Timur Tengah
Afrika Utara
  Afrika Selatan
  Georgia (negara)
  Azerbaijan
  Uzbekistan
  Makau
  Armenia
  Filipina Hotstar
  Rusia
  Israel Yes
  Kazakhstan
  Vietnam Hotstar

CatatanSunting

  1. ^ Perkhidmatan ini mendapat soft launch pada 12 September 2019 di Belanda.
  2. ^ a b Didahului oleh DisneyLife
  3. ^ Perkidmatan ini secara asalnya dilancarkan pada 29 March, tetapi dilambatkan kerana keberlangsungan pandemik COVID-19.[35]
  4. ^ Didahului oleh Disney Deluxe

RujukanSunting

  1. ^ "Netflix chief ready for Disney battle". BBC News. BBC Online. November 9, 2018. Dicapai pada February 6, 2019.
  2. ^ "Ryvicker: Going to Need Very Little Marketing for Disney Plus". bloomberg.com. Bloomberg L.P. February 6, 2019. Dicapai pada February 6, 2019.
  3. ^ Littleton, Cynthia (February 5, 2019). "Disney to Forgo $150 Million in Fiscal 2019 as it Prepares to Launch Disney Plus". Variety. Dicapai pada February 6, 2019.
  4. ^ Machkovech, Sam (11 April 2019). "Disney+ launches on November 12 for $6.99/mo, plus new Marvel, Star Wars series". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 April 2019.
  5. ^ Nazrin (6 Ogos 2020). "Indonesia Negara Pertama Di Asia Tenggara Untuk Menerima Perkhidmatan Disney+". Aksiz. Dicapai pada 6 Ogos 2020.
  6. ^ Loh, Genevieve Sarah (11 Disember 2020). "Mandalorian, WandaVision and more: Disney+ to launch in Singapore next year". Channel News Asia. Dicapai pada December 11, 2020.
  7. ^ Fahim Zahar (13 November 2019). "Ini Adalah Cara Untuk Melanggan Disney+ Di Malaysia Sebelum Ia Dilancarkan". Amanz. Dicapai pada 5 Januari 2021.
  8. ^ "Every Movie & TV Show Availabe On Disney+ At Launch". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  9. ^ "Disney Assumes Full Control Of Hulu In Deal With Comcast". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  10. ^ "Bob Iger Talks Disney+, Hulu Plans And His Vision For Enlarged TV Studio". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  11. ^ "Hulu Will Offer Disney+ As An Add-On - Here's What That Means For Current Subscribers". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  12. ^ "How Much Will Disney's Streaming Service Cost? Here's What Bob Iger Says". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 13 Disember 2019.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  13. ^ "Everything Coming To Disney's Streaming Service (So Far)". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  14. ^ "HBO And 20th Century Fox Renew Outpost Deal". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  15. ^ "Disney's Streaming Service Starts To Come Into Focus". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  16. ^ "CONFIRMED:Disney Won't Air Controversional Movies Or Scenes On Disney+". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  17. ^ "Dumbo And Other Old Movies Get A Content Warning On Disney+". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  18. ^ "The Simpsons To Stream Exclusively On Disney+". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  19. ^ "Disney Is Seeking Star Wars Rights Back From TBS,TNT". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  20. ^ "Entire Star Wars Franchise Will Be On Disney+ Within Its First Year". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  21. ^ "Some Disney+ Subscribers Will See Starz Promo Due To Star Wars Rights Deal". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  22. ^ "Disney Plus Reveals When Missing Marvel Movies Are Coming". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  23. ^ "Marvel Unveils 3 New Disney+ Shows Including She-Hulk And Moon Knight". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  24. ^ "The Mandalorian: Star Wars TV Series Casts Pedro Pascal In Lead Role". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  25. ^ "Inside Disney's Daring Dive Into The Streaming World". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  26. ^ "Disney's Upcoming Star Wars Streaming Series Expected To Cost $100 Million". Dicapai pada 13 Disember 2019.
  27. ^ "Disney+ on us: Verizon Unlimited, Verizon Fios or 5G Home Internet with 12 months of Disney Plus". Verizon. 22 October 2019. Dicapai pada 12 August 2020.
  28. ^ Vourlias, Christopher (January 21, 2020). "Disney Plus Set for Earlier Launch in U.K. & Western Europe". Variety.
  29. ^ Weis, Manuel (March 12, 2020). "Exklusive Partnerschaft: Telekom sichert sich Disney+". Quotenmeter.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada March 12, 2020.
  30. ^ a b c Vivarelli, Nick (March 5, 2020). "Disney Plus Forges Multi-Year Distribution Pact With Italy's Telecom Italia Mobile". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 5, 2020.
  31. ^ Shahin, Mahmoud (March 11, 2020). "Disney Plus, Telefonica's Movistar Plus Confirm Strategic Alliance". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 11, 2020.
  32. ^ Ravindran, Manori; Ravindran, Manori (March 16, 2020). "Disney Plus Links with O2 as Exclusive U.K. Mobile Network Distributor". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 23, 2020.
  33. ^ Disney UK [@Disney_UK] (March 24, 2020). "Disney+ will be launching in the Channel Islands and Isle of Man on April 2nd, 2020" (Tweet). Diarkibkan daripada yang asal pada March 24, 2020. Dicapai pada March 24, 2020 – melalui Twitter.
  34. ^ "Disney+ to Launch in India on April 3 After Short Delay". March 31, 2020.
  35. ^ "Disney+ India launch postponed". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 21, 2020.
  36. ^ Haring, Bruce (March 21, 2020). "Disney+ To Reduce Bandwidth By 25 Percent, Delays France Launch Until April 7". Deadline Hollywood. Dicapai pada March 21, 2020.
  37. ^ "Date de lancement et tarif de Disney+ en France". Chronique Disney (dalam bahasa French). January 21, 2020. Dicapai pada March 24, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "Disney Plus Launch Dates in Overseas France". Twitter (dalam bahasa French). April 7, 2020. Dicapai pada April 7, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  39. ^ Frater, Patrick (2020-08-05). "Disney Plus Hotstar to Launch in Indonesia in September". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-05.
  40. ^ "Local Content Gets Priority as Disney Plus Hotstar Confirms Indonesia Launch". Variety. Dicapai pada 10 August 2020.
  41. ^ "Disney Plus Launch Dates in Overseas France". Twitter (dalam bahasa Perancis). April 7, 2020. Dicapai pada April 7, 2020.
  42. ^ "Disney+ to heat up video streaming competition in S. Korea". yna.co.kr. December 11, 2020. Dicapai pada December 11, 2020.

Pautan luarSunting